Sebuah video mencuri perhatian apabila seorang isteri dilihat menangis lalu mengadu penat menguruskan kehidupan baru selepas seminggu berumah tangga.
Artikel Berkaitan: Isteri Tolak Lakukan Seks Sebab Penat Uruskan 3 Anak, Suami Bawa Pelacur Balik Rumah
Penat urus sendiri
@baihakidisini lucuu bangett istrikuuu ? #fyp #foryoupage #couple ? Backsound Lucu – Faid rafanda
Menerusi video di TikTok itu, suami yang dikenali sebagai Baihaki menyoal kenapa isterinya menangis.
Mengapa menangis? Penat ya?
Jawab wanita bernama Chami, dia berasa sukar menjalankan tanggungjawab sebagai isteri termasuk menyediakan makanan.
Katanya, sebelum ini ketika hidup membujang, tugasan itu dilakukan sepenuhnya oleh ibu.
Ya. Penat menguruskan orang lain kerana biasanya, ibu yang menguruskan saya. Jelek (teruk). Sebelum ini, bangun pagi pukul 11 pagi dan kalau mahu makan, makanan sudah tersedia di atas meja.
Baihaki memujuk dengan menyatakan lama kelamaan isterinya akan dapat menyesuaikan dengan kehidupan baru serta perubahan status.
Nanti awak akan dapat membiasakan diri. Lagi menangis, lagi cantik. Senyum pun makin cantik.
Bagaimanapun, Chami meminta suaminya untuk menyediakan makanan sendiri tanpa mengganggu dirinya yang sedang mengantuk.
Saya nak tidur. Jangan ganggu. Buat makan sendiri.
Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit sudah mendapat 53.2 juta tontonan dan hampir 96,000 komen dari warganet.
Sumber: TikTok