Sekadar gambar hiasan
Setiap rumah tangga pasti menghadapi masalah tersendiri. Namun, pasangan itu haruslah bijak mengatasinya agar dapat menyelesaikan dengan baik.
Begitulah kisah seorang individu yang menceritakan hal rumah tangganya dan mendapat sokongan penuh dari kalangan warganet untuk bercerai.
Artikel Berkaitan: Isteri Melayan Suami Seperti Pelacur, Menyimpang Dari Ajaran Islam
Artikel Berkaitan: Pelakon Ulas Dakwaan Minta Bayaran Pada Suami Selepas Melakukan Hubungan Intim, – ‘Saya Bukan Pelacur’
Artikel Berkaitan: Tempah Khidmat Pelacur, Sekali Isteri Sendiri Datang..Bila Tahu, Habis Isteri Dibelasah Teruk!
Isteri tak layan suami
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang isteri meluahkan rasa penat dalam menguruskan rumah tangganya. Selain itu, si isteri juga menyatakan bahawa dirinya tidak melayan ‘kehendak’ suaminya kerana ingin berehat.
Saya penat jaga tiga orang anak. Saya bangun untuk menyusukan anak dan pukul 5:30 pagi uruskan mereka.
Haritu mak nak jaga anak-anak kejap, jadi dekat rumah ni hanya ada saya dan suami. Saya tolak untuk buat seks sebab penat.
Keesokan harinya, suami bawa balik pelacur ke rumah kami.
Hal ini meraih perhatian netizen yang turut berang dengan tindakan si suami.
Cerai cepat!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati si isteri untuk segera memfailkan penceraian kerana dikatakan lelaki seperti suaminya itu tidak harus diperjuangkan lagi. Selain itu, terdapat juga komen daripada kalangan netizen yang berkongsi kisah yang sama.
Sumber: Twitter @abudialsagoff