Seorang wanita berhijab membuat pengakuan berani apabila mengakui memilih lelaki berstatus sudah berkahwin untuk mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Dedah Dibayar Cecah RM1,000 Teman ‘Sugar Daddy’ Main Golf – ‘Bayaran Ikut Pada Perkhidmatan..Kalau Suami Orang, Saya Tak Ambil’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas PA Dedah Artis Wanita Skandal Dengan Suami Orang, Kena Serang Dengan Isteri Di Rumah – ‘Dah Kantoi Pun Tak Serik’
Suami orang
@tulin.shopmy Macam ni pon ada ea! Pening lah kite ? Episod penuh di Youtube Studio TULiN #curangtanpaniat #orangketiga #sondol #suamiorang #skandal #yourhijabcolorexpert #tulin ? original sound – TuLinMy
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu tersebut berkongsi detik pertemuan dengan lelaki yang berstatus suami dan menjalinkan hubungan jarak jauh selama lima tahun.
Menurutnya, lelaki itu serius ingin mengahwininya sehingga kini.
Pada ketika itu, umur dia hampir 50 tahun.
Permulaannya kami hanya berbincang tentang urusan kerja.
Saya uruskan remaja yang nak sambung belajar. Lelaki ini pula merupakan ayah kepada remaja tersebut.
Daripada itu mulalah bergurau senda dan detik-detik berkawan.
Tambahnya, dia tertarik dengan usaha lelaki tersebut yang sentiasa mencari masa untuk menghubunginya.
Tanggungjawab besar
Berkongsi lebih lanjut, wanita tersebut akui enggan dengan lelaki berstatus bujang kerana perlu meluangkang masa dengan pasangan.
Saya ada tanggungjawab besar dengan keluarga. Saya jaga ibu bapa dan adik saya. Masa saya banyak dengan keluarga.
Saya berfikir ketika itu, kalau kahwin dengan lelaki bujang saya kena luangkan masa dengannya.
Kalau dengan suami orang, hanya masa-masa tertentu saja kami akan berjumpa.
Tambahnya lagi, dia tidak kisah berkahwin dengan suami orang selagi masa bersama keluarganya tidak diganggu.
Sumber: TikTok @TuLinMy