Sekadar gambar hiasan
Dunia sugar baby bukanlah sesuatu yang asing lagi, terutama apabila ada laporan mengatakan bahawa Malaysia berada di tempat ketiga paling ramai sugar daddy di Asia.
Artikel Berkaitan: Scha Ellinea Nafi ‘Dibela’ Sugar Daddy – ‘Takkan Lah Saya Nak Bagi Wang Dari Sumber Haram Dekat Keluarga’
Artikel Berkaitan: ‘Masa Tutup Lampu, Dia Lahap & Hirup Darah Period Aku..Memang Itu Syarat Kena Ikut’
Pengalaman ada sugar daddy
Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai El berkongsi pengalamannya yang pernah terlibat dengan aktiviti ini akhirnya memilih untuk berubah.
Menerusi temu bual bersama Kool 101, El memberitahu situasi itu berlaku ketika dirinya masih bergelar pelajar dan terdesak untuk mencari duit.
Katanya, dia diperkenalkan kepada dunia ini oleh seorang rakan yang menjadi orang tengah atau lebih dikenali sebagai ‘mak ayam’.
Saya ada sugar daddy sebab saya ada mak ayam. Masa zaman belajar dulu, saya memang terdesak nak duit. Kemudian, kawan saya tawarkan kerja untuk teman Datuk-Datuk pergi karaoke, makan, atau shopping.
Dapat bayaran cecah RM1,000
@kool101my Jadi sugar baby,jalan pintas untuk dapatkan duit cepat ? Perjalanan hidup semua orang berlainan, ada yang gunakan cara yang tak sepatutnya untuk dapatkan duit, tapi adakah itu pilihan terbaik?? Ramai yang pilih jalan mudah untuk cepat kaya, tapi lebih baik kita berdikari dengan usaha sendiri, dan kita jadi lebih hargai dengan apa yang kita buat. ?? #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint ? original sound – Kool 101
Menurutnya, setiap pertemuan bersama individu berstatus tinggi ini, dia akan dibayar dengan harga tertentu bergantung kepada jenis ‘perkhidmatan’ yang diberikan.
Saya pernah teman dia main golf, dari pukul 1 sampai 5 petang dan dapat dalam RM700 hingga RM1,000.
Kalau RM700 tu memang hanya untuk teman sahaja. Kalau nak lebih daripada itu, ada bayaran lain.
Tanpa perlu menggunakan aplikasi temu janji, dia menjelaskan bahawa jika layanan yang diberikan memuaskan, sugar daddy akan memperkenalkan sugar baby kepada rakan-rakan mereka yang lain.
Kongsi wanita ini lagi, dia juga akan meletakkan syarat sebelum menerima tawaran daripada mana-mana sugar daddy.
Saya akan tanya dulu, dia tu suami orang atau tidak. Kalau suami orang, saya tak ambil.
Namun, kehidupan dalam dunia sugar baby bukanlah sesuatu yang ingin dikekalkan selama-lamanya. Wanita ini akhirnya memilih untuk meninggalkan dunia tersebut setelah mendapat pekerjaan tetap.
Sekarang saya dah berubah sebab saya dah ada kerja. Saya rasa benda tu macam tak halal sangat untuk cari rezeki.
Walaupun tawaran dalam dunia ini sangat lumayan, dia kini lebih tenang dan bahagia tanpa perlu lagi bergantung kepada lelaki berstatus tinggi untuk menampung kehidupannya.
Sumber: TikTok Kool 101