Nak tegur takut sentap, tak tegur makin menjadi-jadi. Mungkin itulah dilema yang dialami oleh seorang wanita apabila jirannya sering menjemur pakaian pada pagar rumahnya. Aduh!
Artikel Berkaitan: Biar Air Basuh Baju & Pinggan Mengalir Depan Rumah, Lelaki Ini Geram Dapat Jiran ‘Selfish’
Artikel Berkaitan: Pemilik Haiwan Boleh Didenda Tak Lebih RM1,000 Jika Haiwan Peliharaan Berak, Kencing Di Rumah Jiran
Tumpang sidai baju
Menerusi video dikongsi seorang wanita berasal dari negara Indonesia, di platfom TikTok tampil menceritakan nasib yang diterimanya apabila mendapat jiran yang dikatakan tidak bertimbang rasa. Video pendek yang dikongsi memaparkan rutin harian jirannya yang sering menjemur pakaian pada pagar rumahnya.
Inilah pemandangan setiap hari dekat pagar. Tanpa kebenaran orang tumpang jemur, inilah keadaan kampungku.
Mengulas lebih lanjut, wanita ini menceritakan jirannya sama sekali tidak meminta kebenarannya terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Menerusi ruangan komen, wanita ini menceritakan jirannya tidak mempunyai ruang untuk menyidai pakaiannya.
Memang dia tak punya tempat nak sidai sendiri.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 500k tontonan dan ratusan komen daripada netizen. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan jirannya yang disifatkan sebagai pentingkan diri sendiri.
Video penuh:
@jloveyo13setel kalem ae? Wong Edan Kui Bebas – Nella Kharisma
@jloveyo13 Balas @hanadalia5 ? suara asli – JloveYo13
Kena tegur jangan biar
Sumber: Jloveyo13<