Foto: Man Tem
Kisah mengenai jiran buat ‘hal’ bukan satu isu baru yang sering kita dengar, mahu tak mahu seseorang perlu akur dan membuat teguran supaya perkara tersebut tidak berulang. Namun, apa yang lebih menyakitkan hati apabila teguran sudah diberi tetapi individu tersebut hanya bertindak mengendahkannya.
Artikel Berkaitan: Pemilik Haiwan Boleh Didenda Tak Lebih RM1,000 Jika Haiwan Peliharaan Berak, Kencing Di Rumah Jiran
‘Jiran tidak berhati perut’
Foto: Man Tem
Seperti perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Man Tem di kumpalan Facebook Rembau Macam-Macam Ado tampil menceritakan nasibnya menerima jiran yang disifatkan tidak berhati perut dan mementingkan diri. Lelaki ini mendakwa, jirannya hanya membiarkan air basuhan daripada rumahnya mengalir terus ke depan rumah. Bahkan, lelaki ini turut berkongsi beberapa foto sebagai bukti kepada orang ramai.
Bila dapat jiran yang tidak berhati perut. Mementingkan diri sendiri .
Air basuhan dari rumahnya dibiarkan menggalir hingga ke depan rumah dan ada kalanya hingga memasuki ke dalam kawasan.
Mengulas lebih lanjut, lelaki ini cuba menegurnya dengan sebaik mungkin namun, jawapan yang diberikan menyakitkan hati. Jiran oh jiran!
Bayangkan air basuhan baju pinggan mangkuk ayun. Seangkatan dengannya.
Sudah ditegur secara terhormat tapi jawapan dia boleh mendatangkan marah. Nanti kena jual lah plak!!
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan supaya lelaki ini membuat laporan kepada pihak berkuasa dan ada juga yang turut memberikan solusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Sumber: Man Tem via Rembau Macam-Macam Ado