berita

[VIDEO] Wanita Kongsi Rakaman Panggilan Dari Doktor Maklum Abah Dah Meninggal Dunia Undang Sebak!

May 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Ajal, jodoh dan rezeki seseorang itu merupakan rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga jalan kehidupan dan juga pengakhiran seseorang di dunia ini.

Siapa sangka disaat orang lain ‘berseronok’ dan sibuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, tetapi wanita ini dikejutkan pula dengan pemergian ayah tercinta.

Dapat call dari hospital

Kisah sedih itu dikongsikan menerusi satu video di TikTok oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Eqin. Menurut wanita ini, pada 11 Mei 2021 sekitar waktu subuh, dia telah menerima panggilan daripada pihak hospital memaklumkan tentang kematian ayah tercinta. Pada awalnya dia menyangka panggilan tersebut hanyalah bertujuan untuk memberitahu tentang kesihatan ayah tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila di hujung-hujung perbualan doktor memaklumkan ayahnya sudah meninggal dunia.

Mula-mula doktor sekadar berbual biasa. Ingat doktor nak maklumkan abah dah berpindah dari wad saringan ke wad biasa dan beritahu kondisi abah. Tapi khabar berita yang paling aku takut.

Mengingat kembali momen sebelum pemergian ayah tersayang, Eqin memaklumkan dia banyak habiskan masa berbual dengan ayahnya ketika berada di wad kecemasan. Meskipun lelaki itu sudah tidak mengenali Eqin, tetapi wanita ini masih sempat memohon keampunan daripada ayahnya.

Abah pergi selama-lamanya. Dulu aku bukan anak yang rapat dan mesra dengan abah. Tapi sejak dia sakit, aku banyak korbankan masa, tenaga dan melayan segala permintaan dia.

Abah pergi 2 hari sebelum raya

@e_qinAl fatihah buat arwah abah.. 11/5/2021 orang sayang abah dunia akhirat.? Ayah – Laoneis

@e_qinwaktu ni aku menangis sepuasnya. lepas tu aku redha.. sebab aku dapat jumpa abah, minta maaf kali terakhir walaupun ayat dia ” awak siapa ye?” ??? alloh alloh – Dany

@e_qinHargai selagi ada. selama ni aku bukan anak yang baik dan tak rapat dengan abah. banyak bertekak. tapi dia akhir usia ni lah aku nak tebus segalanya.? original sound – e_Qin

Salam takziah

Sumber: E_Qin

SKIP THIS AD ×