Baru-baru ini tular satu video di media sosial apabila seorang wanita memandu kereta dengan menggunakan kaki. Wanita tersebut yang dikenali sebagai Norfarah Syahirah Shaari merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
Menerusi laporan Harian Metro, Norfarah yang kudung kedua belah tangan sejak lahir, menggunakan kaki untuk melakukan kerja hariannya termasuk memandu ke tempat kerja. Tambahnya, dia enggan menyusahkan orang di sekeliling dan mahu hidup berdikari.
Mula-mula takut
Menurut Norfarrah, rutin memandu itu sudah dilakukannya sejak tujuh tahun lalu dan sudah dapat membiasakan diri walaupun pada awalnya dia agak takut. Tambahnya, dia mengambil keputusan tersebut kerana kasihan terhadap bapanya yang sering ulang alik mengambilnya dari tempat kerja.
Bertitik tolak dari situ, timbul keinginan untuk memiliki lesen memandu dan mulanya, saya tidak yakin sehingga melihat kebolehan seorang rakan OKU memandu walaupun dalam keadaan fizikal yang serba kekurangan. Sejak itu juga, saya kerap berhubung dengannya (rakan OKU) untuk bertanya dengan lebih lanjut sebelum memberanikan diri untuk belajar dan alhamdulillah, saya lulus dalam ujian memandu.
Sukar meletakkan kenderaan
Meletak kenderaan dalam keadaan mengundur merupakan perkara yang paling sukar bagi dirinya. Namun, tidak sampai sebulan dia berjaya melakukannya.
Memang sukar tetapi tak sampai sebulan, saya sudah dapat membiasakan diri untuk memandu sendiri dengan yakin. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan setakat ini, saya belum pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya. Malah, saya selesa memandu dengan kedua belah kaki dan tidak timbul masalah kerana selama ini, rutin harian lain turut dilakukan dengan anggota berkenaan.
Memberi sokongan dan semangat
Diberi peluang merasa naik 1 kereta dgn Puan Farah. Nikmat mana lagi yg engkau mahu dustakan ? ingatlah, ade org yg lebih serba kelurangan drpd kita tapi boleh berjaya.
(Just ignore my voices, sis bru lps mnangis sbb sebak sgt masa tu) ???? pic.twitter.com/66xMPW0T9Z— ??? (@nrfzilaa) July 29, 2019
Menerusi Twitter Nur Fazila Jani, dia berkongsi rakaman video Norfarrah sedang memandu di dalam kereta dan memuat naiknya di Twitter, dengan tujuan berkongsi pengalamannya dengan pengikut. Dia tidak sangka video itu mendapat perhatian netizen sehingga viral.
Saya berkenalan dengan Kak Farrah (panggilan untuk Norfarrah) ketika dia menjadi penceramah jemputan di sebuah sekolah. Selesai program, saya menaiki kereta bersamanya dan pada waktu itulah saya berpeluang melihat kebolehannya memandu menggunakan kaki. Kiranya, itu kali pertama saya melihat OKU memandu menggunakan kaki dan bertindak merakam video kerana kagum dengan kebolehannya.
Norfarrah turut tidak percaya bahawa videonya memandu menggunakan kaki tular di laman sosial. Menurutnya, dia diberitahu mengenai video tersebut selepas diberitahu rakannya.
Terkejut dan pada masa sama gembira kerana ramai memberi sokongan dan kata semangat kepada saya. Terima kasih kepada semua dan saya percaya, ramai lagi OKU di luar sana yang mempunyai kebolehan luar biasa. Apa yang penting, mereka kuat semangat dan sentiasa berusaha kerana status sebagai OKU bukan alasan untuk menyusahkan orang sekeliling.
Sumber: Harian Metro & Nur Fazila