Tular baru-baru ini, seorang pengguna TikTok memuat naik video ayam goreng yang dibelinya di sebuah restoran segera yang terletak di California, Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan: Wanita Nyaris Termakan Mata Kail Dalam Lauk Ikan Keli

Menyangka taburan garam

Dalam video tersebut, kelihatan ‘taburan garam’ di atas seketul ayam namun setelah diteliti dengan lebih jelas sebenarnya itu adalah telur lalat.

Susulan daripada itu, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa serta mendakwa restoran itu tidak bersih.

Komen Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bimbang untuk memesan makanan segera. Terdapat juga wargamaya yang menyalahkan pekerja restoran kerana cuai dalam menghidangkan makanan yang tidak bersih.

Video

@hiigh4laya Forbidden salt ?? @Churches Chicken ? original sound – High4laya

Sumber: TikTok