berita

[VIDEO] Wanita Maut Terjatuh Ke Ruangan Bawah Lif, Mayat Membusuk Ditemui Selepas 3 Hari

May 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar menunjukkan detik-detik Aisiah terjatuh ke ruangan bawah lif.

Seorang wanita maut dipercayai sedang berjalan menuju keluar lif namun terjatuh ke ruangan bawah aci lif tersebut.

Artikel Berkaitan: Tragis! Dua Individu Ditemui Mati Dalam Keadaan Berbogel & Berlumuran Darah Dalam Bilik Hotel

Artikel Berkaitan: Mayat Wanita & Bayi Berbau Ditemui Di Ladang Tebu

Bau busuk

Gambar sekadar hiasan

Kakitangan Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, Indonesia menemui mayat seorang wanita bernama Aisiah Sinta Dewi selepas terhidu bau busuk di kawasan lif berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular dimedia sosial memaparkan detik-detik akhir wanita tersebut sebelum dia jatuh dari lif pada 24 April lalu.

Wanita berusia 38 tahun itu dilihat sedang berjalan masuk ke dalam lif yang mempunyai dua pintu di hadapan dan di belakangnya. Aisiah menghadap pada pintu yang dimasukinya,  kemudian dia kelihatan menekan butang lif tersebut sebelum membuat panggilan pada telefon bimbitnya.

Dia menyentuh pintu yang dimasuki dan kelihatan pintu terbuka sedikit lalu Aisiah melangkah keluar dan terjatuh serta terperangkap di ruang bawah aci lif itu.

Menurut laporan, wanita itu menelefon anak saudaranya untuk memberitahu dia sedang terperangkap sebelum terjatuh dari lif.

Sementara itu, keluarga Aisiah meminta kakitangan lapangan terbang mencarinya selepas mereka terputus hubungan dan tidak menemuinya di terminal.

Abang mangsa, Raja Hasibuan menyalahkan pihak lapangan terbang kerana faktor keselamatan yang lemah.

Ini adalah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Bagaimanakah standard keselamatan seperti ini?

Respon daripada kakitangan sangat tidak memuaskan.

Susulan itu, pihak polis telah menyoal siasat 12 orang saksi termasuk pegawai lapangan terbang tersebut dan juga anggota keselamatan.

@amandaa1311

yaallah #kejebakdilift #kualanamuairport #kejadiandilift #kejebakdilift #meninggaldilift

? suara asli – Listia Amanda Nasution – Listia Amanda Nasution

Sumber: BBC News, TikTok

SKIP THIS AD ×