Demi kelangsungan hidup, beberapa wanita di India sanggup menuruni perigi yang dalam demi mendapatkan air. Video yang dikongsikan di Twitter agensi berita ANI telah viral dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Turun perigi untuk dapatkan air
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan beberapa wanita di daerah Dindori di Madhya Pradesh, India perlu menuruni perigi yang sangat dalam semata-mata untuk mendapatkan bekalan air. Lebih menyedihkan apabila melihat keadaan air di dalam perigi juga sudah hampir kering. Turut kelihatan beberapa wanita sedang berjalan sambil menjunjung baldi logam berisi air di atas kepala mereka. Tak dapat digambarkan betapa terseksanya mereka namun itulah perjalanan yang perlu dilalui bagi meneruskan kehidupan.
Bukan itu sahaja, menerusi video pendek itu turut memaparkan seorang wanita yang memakai sari berwarna ungu sedang memanjat dinding untuk keluar dari perigi dengan ketiadaan tempat untuk berpaut. Penduduk tempatan memaklumkan, setakat ini terdapat tiga perigi di kawasan tersebut sebagai bekalan air buat mereka tetapi kesemuanya hampir kering.
Tambah mereka lagi, pemimpin kerajaan dan ahli politik hanya datang semasa pilihan raya sahaja. Susulan daripada itu, penduduk tempatan nekad tidak mahu mengundi sehingga mereka dibekalkan air yang mencukupi.
Video
"Govt employees and political leaders only come during elections. This time we have decided not to give votes until we have a proper water supply. We have to go down the well to collect water. There are 3 wells, all have almost dried, no hand pumps have water," said locals pic.twitter.com/lJvagevwxU
— ANI MP/CG/Rajasthan (@ANI_MP_CG_RJ) June 2, 2022
Sumber: Hindustan Times, ANI