berita

[VIDEO] Wanita Thailand Meninggal Dunia Semasa Buat ‘Live’ Masak Di Media Sosial

May 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Thailand, seorang wanita dilaporkan maut semasa sedang membuat ‘live’ masak. Wanita tersebut kelihatan rebah di pertengahan sesi ‘live’ yang dilakukan olehnya.

Meninggal semasa ‘live’

Meninggal ketika buat live masak-masak masuk berita Thai semalam.

Menerusi video berdurasi 3 minit tersebut, seorang wanita yang dipercayai warga Thailand sedang melakukan sesi ‘live’ bersama pengikutnya di media sosial. Wanita tersebut turut berkongsi resepi masakannya pada ketika itu. Di pertengahan video tersebut, wanita itu kelihatan rebah ke lantai sambil kakinya berada dalam keadaan terketar-ketar. Difahamkan, wanita tersebut telah meninggal dunia dan kisahnya mendapat liputan media di Thailand.

Menurut laporan Stickboy Bangkok, wanita warga Thailand itu dikenali sebafai Cik Pimporn. Wanita yang berusia 40 tahun itu dipercayai menderita sakit jantung. 

Tidak perlu buang banyak tenaga

Untuk semua yang ambil media sosial sebagai serius, boleh tonton video ini. Tengah buat live, meninggal. Tak perlu bekerja keras untuk content. Tidur tak cukup hanya untuk ‘content’. Tidur tak cukup hanya untuk memukau penonton. Orang dulu yang tidak ada media sosial pun boleh hidup senang. Utamakan kesihatan dan mental sebelum melakukan sesuatu perkara. Tidak perlu buang banyak tenaga dalam media sosial.

Sementara itu, seorang selebriti media sosial yang dikenali sebagai Cleopatra, mengulas mengenai insiden tersebut. Menurutnya, masyarakat hari ini sanggup menghabiskan masa dengan media sosial berbanding mendapatkan rehat yang secukupnya. Tambahnya, pengguna media sosial perlu menjaga kesihatan dan mental bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Shinta & Cleopatra

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×