Di TikTok, tular satu video memaparkan seorang wanita yang sedang menunggang motosikal bersama dua orang anaknya yang masih kecil di sebuah stesen minyak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] MUA Bellaz Belanja 500 ‘Rider’ Petrol Percuma – ‘Ada Yang Beritahu Saya, Lama Tak Merasa Isi Minyak ‘Full Tank’
Tunggang motor bersama dua anak kecil
Menerusi perkongsian dibuat seorang pengguna bernama Faizal Danial, dapat dilihat wanita tersebut sedang menunggu seorang pekerja membantunya mengisi minyak sambil mendukung salah seorang anaknya.
Menurut Faizal, dia kemudiannya mendatangi wanita itu dan menawarkan bantuan untuk membawa anak-anaknya yang masih kecil pulang dengan menaiki kereta.
Masa ini aku singgah solat Isyak, lepas solat tengah jalan nak pergi dekat kereta ternampak kakak ini baru sampai nak isi minyak, dengan motor sambil pegang anak yang tak sampai satu tahun dengan seorang lagi mungkin umur dua atau tiga tahun.
Dah masuk kereta aku perhatikan je sebab kesian dan rasa macam bahaya pula dia bawa motor dengan bawa ‘baby’ macam itu.
Aku pun turun dan pergi tanya jakak itu, ‘Nak pergi mana? Saya boleh tolong hantar baby dan yang lagi seorag itu dan kakak ikut belakang kereta saya’.
Tapi dia tak nak dan cakap tak apa.
Tetap ‘follow’ dari belakang
Meskipun pelawaannya ditolak, lelaki tersebut tetap cuba membantu dengan cara mengikuti wanita itu perlahan-lahan dengan menggunakan kereta dari belakang.
Apa yang membimbangkan ialah, wanita tersebut difahamkan dihon beberapa kali oleh pemandu lori kerana telah memasuki laluan kenderaan lain sewaktu menunggang motosikal.
Bila dia gerak aku ‘follow’ belakang sambil-sambil nak balik rumah. Ingatkn dia nak balik di ‘area’ situ ja.
Sekali dia turun ke lebuh raya dan aku ‘follow’ dari jauh sebab tak nak dia takut. Lebuh raya itu banyak motor dan lori yang balik kerja dari Singapura.
Lebih kurang 10 hingga 15 minit aku f’ollow’ dia, banyak lori dan motor hon pada kakak itu sebab bawa motor sekejap ketengah sekejap ketepi.
Di akhir hantaran, lelaki berkenaan mengakui dirinya amat tersentuh melihat situasi wanita itu serta menitipkan pesan kepada orang ramai untuk bersyukur dengan segala nikmat yang ada.
Kalau kita rasa hidup kita susah dan banyak masalah, ingatlah ada yang lagi susah dari kita.
Walau bagaimanapun, pada pengamatan OhBulan!, Faizal sudah pun memadam hantaran tersebut dari akaun TikToknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dan memuji kekuatan yang ditunjukkan wanita itu dalam membesarkan anak-anak.
Komen netizen
Sumber: TikTok