berita

[VIDEO] Warden Siap Masuk ‘Ramp’ Motor Kejut Pelajar Susah Bangun Sahur!

May 13th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sepastinya setiap pelajar mempunyai pengalaman berbeza ketika Subuh atau sahur di asrama pada bulan Ramadan. Ada yang pernah dikejutkan warden asrama menggunakan siren hailer, ada pula terbangun apabila terdengar loceng bingit di speaker.

Namun berbeza dengan perkongsian video yang dimuatnaik menerusi Facebook Bikers Ridhwan Garaj ini menyaksikan warden kejutkan pelajar menggunakan motorsikal ketika Subuh. Memang rare!

Kejut budak asrama pakai motor je

Video berdurasi 26 saat ini menyaksikan warden sedang mengejut pelajar lelaki di asrama di koridor bilik hanya menggunakan motorsikal dan ramp sekuat-kuatnya. Memang bangunlah semua pelajar tu. Walaupun cara ini dilihat agak rare dan lain dari kebiasaan, sekurangnya semua pelajar bangun untuk bersahur dan menunaikan solat Subuh berjemaah.

Hati-hati pulas minyak tu

Inilah pengalaman yang ajar kita

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sepanjang mereka pernah mendiami asrama suatu ketika dahulu. Pelbagai cara yang digunakan warden asrama untuk mengejutkan pelajar bangun solat Subuh secara berjemaah. Sepastinya pengalaman sebegini sangat berharga dan mendidik kita menjadi seorang yang lebih berdisiplin.

Sumber: Bikers Ridhwan Garaj

SKIP THIS AD ×