Pendakwah bebas PU Riz mendekati seorang warga asing berasal dari Bangladesh yang sedang mengalami kesusahan.
Artikel Berkaitan: PU Riz Tegur Kenyataan Individu Mengaku Lebih Selesa Tak Bertudung – ‘Kita Buat Dosa Tapi Jangan Nafi Apa Yang Disuruh Allah’
Artikel Berkaitan: PU Riz Terkilan Dijerkah Pak Cik Gara-Gara Baring Dalam Masjid – ‘Bukan Tidur Semalaman Pun, Hanya Tunggu Waktu Solat’
Perbualan bersama warga asing
@hrisbismail Tak kiralah kita bangsa gapo sekalipun, di sisi Allah yang membezakan kita bukannya warna kulit, harta, atau keturunan. Tapi amalan kita, sejauh mano kita taat perintah Allah, dan hati kita, bersih ke tidak. Kalau hati ikhlas, jujur, dan bebas daripada dengki, sombong, atau riak, barulah kita jadi mulia di sisi Allah. Amalan dan hati itulah yang Allah pandang, bukan rupa atau asal-usul kita.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail meminta bantuan warga asing tersebut untuk menangkap gambar sebelum meluahkan rasa lelah tentang keperitan hidup.
Saya pening kepala, kerja hari ini sangat susah, macam-macam masalah ada.
Awak boleh nasihatkan saya?
Warga asing tersebut kemudian berkata, dia juga kini sedang berdepan dengan masalah pekerjaan.
Tak ada apa-apa nasihat sebab saya baru sampai dari kampung dan sekarang kurang pekerjaan.
‘Sama-sama susah’
Mendengar keluhan warga asing berkenaan, pendakwah bebas berusia 30 tahun itu kemudian menghulurkan wang kepadanya.
Tak perlu, tadi saya sudah pinjam dengan kawan RM50 untuk beli beras dan sayur.
Janganlah, awak sendiri pun sedang susah.
Walau bagaimanapun, pada akhirnya warga asing tersebut menerima wang itu selepas diminta PU Riz.
Kita sebagai Muslim pasti berdoa untuk sesama Muslim juga. Terima kasih.
Di ruangan kapsyen video tersebut, suami kepada aktres Neelofa itu juga menegaskan bahawa Allah SWT memandang kepada amalan dan kesucian hati bukan paras rupa.
Tak kira apa bangsa sekalipun, di sisi Allah yang membezakan kita, bukan warna kulit, harta atau keturunan. Tapi amalan kita, sejauh mana ketaatan pada perintah Allah dan hati bersih atau tidak.
Kalau hati ikhlas, jujur dan bebas daripada dengki, sombong atau riak, barulah kita jadi mulia di sisi Allah.
Sumber: TikTok PU Riz