berita

[VIDEO] Warga Asing Kenakan Caj ‘Parking’ RM10 Berdekatan Zoo Negara

March 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Mendapat perhatian ramai warganet di aplikasi TikTok apabila seorang pengguna laman sosial tersebut memuat naik sebuah video yang memaparkan warga asing sedang memungut wang parkir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Baru Tahu Parkir Kereta Dekat Kotak OKU Salah, Kena Saman’ – Lelaki Berkerusi Roda

Artikel Berkaitan: ‘Tu Gambar Ke Kereta Betul?’– Netizen Pelik Kereta Parking Atas Bangunan Kecil

Artikel Berkaitan: Lelaki Tuang Air Kencing Di Peti Surat, Sapu Najis Pada Kereta Baharu Jiran Sebab Berebut Parkir Kereta

Perlu ambil tindakan

Menerusi video yang dikongsikan, terdapat dua orang warga asing sedang mengenakan bayaran sebanyak RM10 terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan di sekitar kawasan Zoo Negara.

Berikutan tindakan mereka yang membebankan pengunjung Zoo Negara itu, pemilik akaun TikTok tersebut menggesa agar tindakan yang segera dan sewajarnya diambil oleh pihak bertanggungjawab.

Parkir tepi jalan area Zoo Negara, arahan daripada pihak Zoo Negara. Mohon Majlis (Majlis perbandaran Ampang Jaya) siasat.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai warganet mengecam tindakan melampau tersebut dan mereka juga mahu isu berkenaan diketengahkan dan disiasat kerana caj parkir yang dikenakan menindas pengunjung tempatan.

Sah ke tak mereka ini kutip duit parking? Kena report tu kalau tidak sah.

Hairan, parking tak ada kotak parking tapi kena bayar harga melampau.

Kena siasat, kadang-kadang warga tempatan yang suruh mereka.

@mrredzul

Di tepi jalan sekitar Zoo NEGARA. menunggu tidak boleh ? parking boleh , RM 10 ! @mpajofficial #fyp??viral #fyp? #fypindonesia #fypage #fypage? #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral #fypforyou #fypforyoupage #fypinfo #fypsounds #fypsarawak #fypmalaysia #fyptiktok #fypdongggggggg #fyp

? original sound – Anak Radzon – Anak Radzon

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×