Tindakan menukar warna rambut menjadi kemerah-merahan membuatkan ramai mendakwa pelakon Amelia Henderson sedang patah hati.
Artikel Berkaitan: ‘Millionaire Sekali Pun Tak Semestinya Ada Peluang’ – Amelia Henderson
Artikel Berkaitan: ‘Pengganti Untuk Teman Hidup? Saya Boleh Temankan Diri Sendiri ..’ – Amelia Henderson
Merah nampak menarik
@_iamdaisyyy_ Noted Ame ? memang banyak jawapan merepek abt yr red hair ?? #ameliahenderson #ameliath #fyp #fyp? #fypage ? P.I.M.P. (NethMG Remix) – 50 Cent
Disebabkan banyak spekulasi mengarut, Amelia, tampil menjelaskan perkara sebenar.
Menurut aktres berumur 26 tahun itu, dia bertindak untuk menukar imej selepas melihat dirinya kelihatan menarik dengan filter (suntingan tapisan) di media sosial.
Ramai yang tanya mengapa saya mewarnakan rambut menjadi merah. Ada banyak artikel diterbitkan memberi jawapan merepek.
Jawapan sebenar untuk tindakan saya ini ialah kerana perasaan ingin mencuba selepas melihat rambut kelihatan menarik apabila mengenakan filter dalam media sosial.
Tengah ‘free’ dari drama
Kata pemilik nama Amelia Thripura Henderson, dia juga tidak terikat dengan mana-mana penggambaran drama justeru dia menggunakan peluang keemasan itu.
Saya cuma nak mencuba memandangkan sekarang ini tidak menjalani sebarang penggambaran drama.
Jadi, inilah peluang untuk saya warnakan rambut merah yang agak gila sedikit. Selain itu, saya juga tak pernah warnakan rambut begini selain dengan tona coklat dan highlight.
Dalam pada itu, pelakon drama Pengantin Satu Malam menegaskan, itu adalah punca sebenar bukan seperti dakwaan yang bertebaran.
Inilah jawapan sebenar untuk sesiapa yang keliru dan fikir ada sebab mendalam. Konklusinya, saya tukar warna rambut kerana filter bukan sebab alasan merepek lain yang tiada kena mengena.
Sebelum ini, nama Amelia menjadi bualan netizen selepas menukar warna rambut menjadi kemerah-merahan.
Tindakannya itu membuatkan ramai berandaian dia sedang kecewa kerana putus cinta dengan aktor Aedy Ashraf.
Sumber: TikTok @_iamdaisyyy_