Pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan berita pembatalan majlis nikah yang sepatutnya dijadualkan pada 18 Ogos ini.
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Akad Nikah 18 Ogos Ini
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Titisan Air Mata Yang Mengalir Menjadi Penghapus Dosa’ – Mimi Lana
Yeah, aku sakit
Bagaimanapun, Mimi dilihat masih aktif mengemas kini akaun media sosialnya manakala Syafiq mengambil pendekatan untuk terus menyepi.
Terbaru, aktres berumur 27 tahun itu dilihat memuat naik video sedang menonton muzik video lagu Malampagi nyanyian Saixse di sebuah televisyen.
Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian warganet yang ternanti perkembangan terkini daripada pasangan sama cantik sama padan.
Pada minggu lalu, Iman Tang telah menghantar satu mesej ringkas kepada tetamu dan jemputan khas memaklumkan majlis pernikahan Mimi dan Syafiq yang dijadualkan 18 Ogos ini telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
Difahamkan, majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dan majlis resepsinya pula bakal diadakan pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di lokasi sama.
Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar majlis pertunangan di media sosial pada Januari lalu.
Sumber: Instagram