berita

[VIDEO] ‘Ya Allah, Meremang Bulu Kaki Hakak Tengok Ko Dik Oi…’

November 30th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Benarlah orang kata, anak-anak yang masih kecil memerlukan pengawasan daripada ibu bapa terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Hal ini bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Tetapi kali ini lain pula yang jadinya apabila seorang kanak-kanak dilihat sedang berjalan di atas bumbung sebuah apartment.

Bersendirian atas bumbung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rizal Hakimm (@rizal_hakimm)

Menerusi video berdurasi 0:26 saat yang viral di media sosial baru-baru ini memaparkan seorang kanak-kanak lelaki seakan sedang bermain ‘sorok-sorok’ di atas bumbung apartment yang terletak di Kajang. Bukan itu sahaja, jika dilihat daripada video pendek itu kelihatan kelibat kanak-kanak berkenaan bersendirian sambil mengelilingi bumbung apartment tersebut.

Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya cemas dan bimbang melihat tindakan kanak-kanak itu. Mereka turut mempersoalkan tanggungjawab pihak pengurusan yang tidak memantau keadaan apartmen selain tertanya-tanya keberadaan ibu bapa kanak-kanak itu ketika kejadian berlaku.

‘Seram pula tengok’

Susulan daripada insiden itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengawasi pergerakan anak-anak.

Sumber: Rizal Hakimm

SKIP THIS AD ×