![[VIDEO] ‘Yang Penting Hati Ikhlas, Tiada Hasad Dengki’ – Individu Kongsi Nasihat Arwah Nadia Kesuma](https://asset.ohbulan.com/2026/01/nadia-33.jpg)
Berita pemergian pelakon, Allahyarhamah Nadia Kesuma ternyata telah memberikan kesan yang mendalam bukan sahaja terhadap ahli keluarga, malah kenalannya juga turut merasai kehilangan.
Artikel Berkaitan: ‘Allahyarham Nadia Kesuma Rebah Secara Mengejut & Segera Dibawa Ke Hospital’
Artikel Berkaitan: Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Suami & Anak Perempuan Berangkat Pada Pagi Ahad
Pesanan Nadia
Menerusi hantaran di TikTok, seorang individu memuat naik video yang memaparkan Nadia sedang berada di dalam sebuah kereta selepas berkunjung ke premis perniagaannya.
Sebelum pulang, Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, sempat menitipkan nasihat terhadap individu tersebut.
InsyaAllah, buat yang terbaik.
Yang penting hati kena ikhlas, tiada hasad dengki. InsyaAllah akan aturkan.
Meskipun pesanan tersebut diberikan secara ringkas, namun kemuliaan hati Nadia sentiasa menjadi ingatan.
Di dunia ini pun dia sudah berpesan yang baik-baik, bercakap yang baik-baik untuk kita semua.
Al-Fatihah Kak Nadia.
Terdahulu, Nadia dilaporkan meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, akibat serangan jantung.
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa lapangan terbang mengesahkan arwah mengalami serangan jantung sebelum terjatuh.
Terdahulu, berita pemergian Nadia disahkan oleh suami dan anaknya selepas aktres tersebut dilaporkan gagal dikesan sebaik tiba di Jeddah.
Nadia disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Januari lalu, kira-kira jam 8.07 pagi waktu tempatan.
Nadia sebelum ini dilaporkan hilang ketika berada di Jeddah, yang merupakan destinasi transitnya sebelum meneruskan perjalanan ke London.
Allahyarham difahamkan menyertai pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi pelancongan dan bergerak bersama jemaah lain.
Sumber: TikTok








