berita

[VIDEO] ‘Ye Betullah, Saya Ngorat Dia..’ – Kongsi Detik Perkenalan, Ayda & Nabil Nikah 1 Januari 2021

November 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Ayda Jebat dan Nabil Mahir pasti ramai sudah terbayangkan pasangan merpati dua sejoli yang sangat terkenal dengan sikap mereka yang happy go lucky dan ‘gila-gila’ kan? Selepas mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu, kini Ayda dan Nabil telah mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada tahun depan iaitu 1 Januari 2021.

Bermula dari Instagram

Menerusi Youtube Channel Ayda Jebat dan Nabil Mahir iaitu Wuvv Show memaparkan pasangan sama cantik sama padan ini sedang ‘throwback’ detik perkenalan mereka berdua sekitar lima hingga enam tahun lepas.

Menurut Ayda, pertemuan pertama kali dia dan Nabil adalah ketika mereka berdua menghadiri satu majlis perkahwinan rakan artis dan seterusnya di Direct Message (DM) di Instagram. Bermula dari situlah hubungan sebagai kawan terjalin sehinggalah kini mereka bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Two month after that, she decided to just DM me and macam nak berborak. Dah kenapa minah ni and so siapa ngorat siapa is actually Ayda ngorat Nabil. And from there we started become friends and she share a lot to me. And then tak tahu macam mana, later on we got together.

Memilih tarikh 1 Januari

Perkongsian video #BilaAydaJatuhCinta episode pertama ini bertujuan untuk mengumumkan tarikh pernikahan yang akan berlangsung antara Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Pasangan ini memilih 1 Januari 2021 sebagai tarikh paling bersejarah untuk  mengikat pertalian mereka sebagai suami isteri yang sah.

Difahamkan, sebelum ini mereka ada memilih tarikh-tarikh lain tetapi disebabkan Ayda sukar untuk mengingati sesuatu tarikh, jadi mereka membuat keputusan untuk memilih 1 Januari kerana ianya lebih mudah untuk diingati. Menerusi laporan Kosmo Online, Nabil mengakui sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. Dalam pada itu, dia turut memaklumkan persiapan majlis tersebut sudah hampir siap.

Alhamdulillah, persiapan sudah 80% siap. Kami akan bernikah pada sebelah pagi (1 Januari 2021) manakala pada malam pula akan berlangsung majlis resepsi.

 Ucapan rakan artis

Bukan itu sahaja, dalam video berdurasi 14:54 saat itu turut memperlihatkan rakan artis memberi ucapan tahniah dan mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ayda dan Nabil yang bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi.

I hope you guys can take care of each other, respect each other, tolerate, banyak sabar, banyak tolak ansur. -Sasha, Arief-

Supporting each other and semoga Allah memurahkan lagi rezeki selepas kahwin. -Bella Dally-

Allah permudahkan segalanya. Biarlah semua majlis tu berjalan dengan lancer. -Mira Filzah, Emir-

All the best for your marriage, semoga bahagia hingga ke syurga, InsyaAllah Amin. -Elfira Loy, Faris-

Dalam kesempatan itu, Ayda dan Nabil turut memohon ahli keluarga, rakan artis dan semua peminat untuk mendoakan buat mereka berdua.

Sumber: Wuvv Show, Kosmo Online

SKIP THIS AD ×