Selain daripada bakat nyanyian, penyanyi yang cukup dikenali di Amerika Syarikat (AS), Yuna pernah menjadi fenomena dengan pelamin perkahwinannya yang memukau pada tujuh tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Yuna Mahu Luang Masa Bersama Keluarga, ‘Berehat’ Lama Di Malaysia Hingga Oktober – ‘Saya Juga Mahu Sumbang Buat Komuniti Seni’
Artikel Berkaitan: Yuna Bengang Penampilan Masih Dipersoal, Netizen Siap Minta Tanggal Hijab! – ‘Tolong Unfollow Kalau Tak Senang’
Pelamin idaman
@yunamusic ?????? #weddingday ? Easy – Yuna
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 38, dilihat ‘throwback’ momen mendirikan rumah tangga sempena ulang tahun perkahwinan yang ketujuh.
Apa yang meraih perhatian apabila kebanyakan netizen mengimbau kembali saat pelamin pelantun lagu ‘Terukir Di Bintang’ itu tular dengan kabus yang menyelubungi kawasan itu serta berlatarbelakangkan pergunungan.
7 tahun lalu.
Saya mengahwini kawan baik saya.
Jadi inspirasi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui pelamin Yuna menjadi sumber inspirasi kepada bakal-bakal pengantin.
Untuk rekod, Yuna sah bergelar seorang isteri kepada Adam Sinclair pada 26 Januari 2018.
Sekadar info, majlis perkahwinan yang tular itu berlangsung di Puncak Rimba Bentong, Pahang pada Jumaat.
Sumber: TikTok @yunamusic