Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa lega apabila kemelut rumah tangga anak dan bekas menantunya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sarah Tau Mama & Papa Sedih’
Artikel Berkaitan: ‘Dulu Saya Benci Perpisahan, Kini Mengerti Perpisahan Itu Indah’ – Puteri Sarah
Yusof lega
Memetik Berita Harian, Yusof berkata dia enggan memanjangkan lagi isu tersebut, sebaliknya mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Puteri Sarah.
Bagaimanapun, Yusof berkata dia tidak menolak kemungkinan sekiranya mereka disatukan kembali kelak.
Apa yang berlaku tidak boleh komen lagi, cuma saya lega kerana mereka berpisah dengan cara baik demi anak-anak.
Bagaimanapun, saya harap Syamsul bertanggungjawab pada anak-anaknya dan mereka tidak menaruh sebarang dendam.
Saya berharap mereka dapat membersihkan hati dan jiwa dalam melayari kehidupan masing-masing. Jika ditakdirkan bersatu semula, terserah. Hanya Allah yang tentukan.
Hidup perlu diteruskan, jangan menoleh ke belakang lagi. Sebaliknya, carilah kebahagiaan masing-masing.
Tambah pengarah filem Sembilu itu, dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail masih menganggap Puteri Sarah sebagai menantu mereka.
Puteri Sarah tetap kami anggap seperti menantu, malah hubungan dengan bekas besan juga tidak akan terputus.
Ini kerana anak Syamsul dan Puteri Sarah adalah cucu-cucu kami.
Patimah menangis
Ketika ditanya perasaan isterinya mengenai berita tersebut, Yusof berkata, Patimah sedih sehingga menitiskan air mata sejurus mendapat berita perceraian itu.
Sebagai ibu pastinya isteri menitiskan air apabila Puteri Sarah menghubunginya.
Namun, isteri minta saya reda walaupun pedih hingga ke jantung hati. Kami tetap mendoakan kebahagiaan buat Syamsul dan Puteri Sarah.
Terdahulu, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah, akhirnya bernoktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Rabu.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka.
Untuk info, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Video
Sumber: Berita Harian (Serimah)