berita

[VIDEO] Yusuf Iskandar Teruja Untuk Cuba Puasa Penuh, Netizen Pula Sebak – ‘Big Boy Dah ..’

March 24th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Gelagat anak-anak pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering kali mendapat perhatian netizen dek kerana kecomelan mereka yang mencuit hati.

Begitulah kisahnya apabila pelakon dan usahawan Hanis Zalikha memuat naik video anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang teruja untuk Ramadan kali ini.

Artikel Berkaitan: Teruja Yusuf & Alisa Dah Ada Kawan Sekolah, Hanis Zalikha Syukur Dapat Adik Beradik Ringan Tulang

Artikel Berkaitan: Yusuf & Alisa Seronok Buka Sampul Duit Raya, Hanis Zalikha Ajar Berdoa – ‘Tolong Beri Ganjaran Kepada Semua Orang ..’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusuf Iskandar Pertama Kali Berpuasa Tarik Perhatian Ramai – ‘ I Get A Ten Thousand Pahala’

Puasa penuh

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Hanis, 32, berkongsi momen indah putera sulungnya, Yusuf Iskandar yang meluahkan keterujaannya untuk berpuasa penuh tahun ini.

Hal itu membuatkan Hanis terharu dengan semangat yang ditonjol Yusuf.

Apabila ditanya berapa hari ingin berpuasa untuk tahun ini, Yusuf, 7, menjawab dengan penuh semangat.

Tahun ini nak puasa 1 billion days!

@haniszalikha

Terharu jap

? Winter Sonata (Piano) – Gaius Yeong

Big boy dah dia!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan gelagat Yusuf Iskandar yang dikatakan telah membesar dengan cepat.

Sumber: TikTok @haniszalikha

SKIP THIS AD ×