Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur atas sokongan yang diberikan orang ramai selepas membuat pendedahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Ungkap Kisah Sedih Dengan Tiga Perkataan – ‘Cinta & Kehidupan’
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Kongsi Gambar Mata Lebam, Netizen Mula Berteka-Teki – ‘Dia Kena Dera Ke?’
‘Terima kasih atas ucapan dan sokongan’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang memberi kata-kata semangat dan sokongan kepadanya.
Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan. Saya akan bersama anda sebentar lagi.
Dalam kesempatan itu, Zahnita yang juga merupakan seorang usahawan turut mempromosikan perniagaannya.
Tempahan sekarang sudah dibuka ‘i love you 3000 ‘.
‘Sedih tengok kurus kering lagu ni’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa agar ibu kepada empat orang anak ini dipermudahkan segala urusan dan diberi ketabahan dalam menempuh ujian mendatang.
Keep fighting. Sedih tengok kurus kering lagu ni.
Move on. You’re not alone. Keep going!
Kalian smua. Sokong bisness dia. Untuk dia berjuang untuk anak-anak juga diri sendiri. Kita nak Zahnita kuliah cinta kembali.
Semoga dipermudahkan segala urusan ye
Terus gerak ke hadapan sis
Terdahulu, pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.
Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Sumber: Instagram Zahnita