Pelakon Zain Saidin tidak khuatir dengan perkembangan anaknya Aaisyah Dhia Rana yang dilihat gemar bersiap seperti ibunya, aktres Rozita Che Wan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Nasihat Aaisyah Jangan Jadi Pemalas, Pandai Buat Kerja Rumah – ‘Mak Hang Hantaran RM93k, Aaisyah Nanti RM900k’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘4.30 Pagi Saya Akan Bangun Untuk Solat Tahajud’ – Permintaan Aaisyah Minta Che Ta Kejutkan Raih Pujian Netizen
Komen Zain
@maskulinmy Zain Saidin tidak terlalu risau jika anaknya, Aaishah suka bersiap seperti ibunya kerana bagi beliau, itu hanyalah untuk sekali sekala dan sekadar hobi sahaja. #maskulin #zainsaidin #aaishah #rozitachewan #fyp
Menerusi temu bual bersama Maskulin, Zain atau nama sebenarnya Mohammad Zain Mohd Saidin berpendapat, tidak salah seorang kanak-kanak perempuan suka bermain dengan alat solek tambahan pula Aaisyah hanya mengenakan solekan sekali sekala.
Aaisyah dia memang suka pakai make up, itu dia ikut ibunya.
Pada saya, saya rasa ianya tak salah pun sebagai seorang kanak-kanak, dia nak pakai make up sekali sekala bila dia nak ‘dress up’ sahaja.
Ada yang kata tak elok macam tu, tetapi dia tidak memakainya selalu.
Cuma apa yang kita tengok dekat media sosial itu hanya hantaran dia atau ibunya, ketika dia sedang cantik. Jadi semasa dia selekeh, kita tak nampak sangat sebenarnya.
Menurut aktor berusia 40 tahun tersebut, penampilan puteri tunggalnya itu akan berubah apabila mereka keluar bersama.
Tambah Zain lagi, Aaisyah kini berada di dalam fasa untuk membesar, jadi sebagai ibu bapa dia dan Rozita perlu mengenal pasti kecenderungan anak mereka.
Tapi kalau tengok media sosial saya, Aaisyah setiap kali keluar dia akan pakai baju biasa-biasa.
Bila dengan saya mudah sahaja, kami nak pergi tempat pun yang simple sahaja jadi dia tak perlu bersiap dan hanya pakai baju yang sesuai.
Kami beri dia keseimbangan, tak ada masalah pun di situ.
Dia dalam fasa membesar dan banyak belajar. Jadi kami perlu fokus terhadap minatnya dan bimbing ke jalan yang betul.
Dalam masa yang sama, pelakon drama Oh My English! itu sering berseloroh dengan anaknya tentang teman lelaki.
Saya banyak kali kacau dia, ‘Aaisyah ada boyfriend umur 30 je tau.’ Dia ketawa sahaja.
Kalau dia ada (teman lelaki), kami kena didik dia untuk dia memilih ciri-ciri seorang lelaki yang betul.
Sumber: TikTok Maskulin