![[VIDEO] Zaki Yamani Beli Mikrofon, Netizen Teka Harga Lebih RM40k – ‘Bagusnya, Muda Lagi Dah Tahu Invest Untuk Kerja’](https://asset.ohbulan.com/2026/04/zaki-yamani-6.jpg)
Perkongsian penyanyi meningkat naik, Zaki Yamani, di media sosialnya mengenai sebuah mikrofon telah menarik perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Tangan Dia Atas Riba Saya, Kata Saya Jambu’ – Zaki Yamani Dakwa Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani Banyak Kali Ditinggal Kekasih, Nafi Amal Hubungan Songsang – ‘Malu Ayah Saya Nanti’
Harga puluhan ribu
Menerusi hantaran di TikTok, Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, memuat naik video dia sedang berada di sebuah premis perniagaan sambil membuka kotak yang berisi mikrofon.
Pada mikrofon tersebut turut kelihatan ukiran nama cahaya mata kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah itu.
Dalam masa yang sama, Zaki turut mengucapkan rasa syukur kerana dilimpahkan rezeki daripada Allah SWT sehingga mampu untuk memiliki mikrofon tersebut.
Alhamdulillah, hasil kerja keras selama ini.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berteka-teki tentang harga mikrofon tersebut dan mendakwa ia berharga dalam lingkungan lebih RM40,000.
Malah Zaki juga dilihat turut membalas komen tersebut dan mengesahkan tentang harga mikrofon itu.
Sementara itu, warganet juga memuji cara Zaki membelanjakan wang dengan baik terutama untuk pekerjaannya sebagai penyanyi.
Sumber: TikTok Zaki








