Kehilangan cahaya mata pastinya memberi kesan mendalam. Itu yang dialami oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan isteri Ayu Raudhah selepas anak bongsu mereka disahkan meninggal dunia pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: ‘Aisy Al Raees Meninggal Dunia Dalam Tidur’ – Rozita Che Wan
Beri ruang
@ohbulanofficial Takziah buat bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha, memberi pandangan dan ciuman terakhir kepada arwah anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees. Al-fatihah ? kredit: kamalnizamm #ohbulan #fyp #news #anak #zaquanadha #muhammadaisyalrees #dikebumikan
Memetik laporan Gempak, Zaquan atau nama lengkapnya Zaquan Adha Abdul Razak mengakui masih dalam keadaan terkejut dengan kematian anaknya, Muhammad Aisy Al Raees Mohamad Zaquan Adha.
Justeru, dia memohon agar mereka sekeluarga diberikan ruang bertenang untuk menerima takdir yang sukar itu.
Biarlah benda ini privasi untuk keluarga saya, biar hanya saya, isteri dan anak-anak sahaja tahu apa yang jadi. Saya hanya bersyukur mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya dan saya mungkin tidak akan kongsikan kepada semua.
Kami masih dalam keadaan terkejut kerana baby dalam keadaan yang sangat sihat dan baik. Kami memang sangat terkejut jadi kami minta untuk beri ruang kepada kami sekeluarga.
Doa orang ramai
Tiada apa yang saya boleh katakan, cuma saya minta doakan saya dan isteri kuat, kami anak ramai setiap dari mereka ada bahagian masing-masing. Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami.
Terima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan kepada kami daripada dapat berita sehingga ke hari ini. Tiada apa yang saya boleh katakan selain terima kasih.
Sebelum ini, Zaquan memaklumkan berita pemergian anak bongsunya yang berusia enam bulan itu kepada umum menerusi Instagram Story.
Kakak ipar Zaquan iaitu aktres, Rozita Che Wan berkata, Ayu menghubungi ambulans selepas bayi itu tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Sumber: Gempak