Pelakon Zara Zya menziarahi pelakon veteran, Ku Faridah atau lebih mesra disapa Mak Engku yang mengalami kecederaan patah pada bahagian tulang leher selepas terjatuh dalam bilik air tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zara Zya Dedah Luahan Dibuat Ketika Emosi Terganggu, Enggan Ungkit Kemelut Dengan Bapa – ‘Hubungan Masih Sama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zara Zya Tak Patah Semangat, Diduga Hidap Empat Sakit Kronik Sekaligus – ‘Mungkin Ini Cara Allah Nak Hapus Dosa Saya’
Melawat Mak Engku
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Zainurul Razia Mohd. Zainuddin dilihat membawa pulut kuning dan rendang untuk dijamah bersama.
Menurutnya, Mak Engku tidak sabar untuk kembali berlakon selepas keadaan kesihatan mengizinkan.
Saya percaya, ramai yang rindu lakonan Mak Engku.
Hari itu saya dan sahabat sempat singgah sekejap untuk melawat dan tengok keadaan dia sekarang.
Alhamdulillah semangat dia kuat dan semestinya dia tak sabar nak aktif berlakon semula.
Pada akhir perkongsian, Zara memohon doa orang ramai buat pelakon veteran berusia 73 tahun itu untuk kembali sembuh.
Kembali berlakon
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja menunggu Mak Engku kembali aktif berlakon. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Mak Engku terus kuat menghadapi ujian yang menimpanya.
Sumber: Instagram @zarazya