Pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie mengesahkan dirinya sudah kembali mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey.
Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Mengaku Kembali Bercinta Dengan Bekas Tunang, Beri Amaran Pada Wanita Lain – ‘Duit Dia Untuk Aku Seorang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Patuh Cakap Papa Tak Bagi Pakai Baju Seksi – ‘Sayang Nak Buang’
Sifat gila buat kembali
Ketika ditemui OhBulan!, Zarina atau mesra dengan sapaan Anju berkata hubungan mereka berdua kembali bertaut semula sekitar Ogos lalu.
Menurut Anju, pertunangan kali kedua itu dilakukan secara rasmi mengikut adat di hadapan keluarga masing-masing.
Alhamdulillah, saya sudah bertunang balik dengan Datuk Khazrul.
Bibit kami kembali bersama semula saya rasa sekitar bulan lalu. Dua-dua saling memujuk dan mengalah, dua-dua rindu.
Dia sarungkan cincin pada saya secara official di hadapan keluarga.
Anju berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Beunita dari Inayah Beauty yang berlangsung di Forest Valley, Cheras pada Sabtu.
Sementara itu, Anju berkata sifat ‘gila’ yang ada pada diri masing-masing antara faktor membuatkan mereka kembali bersama.
Kami matang, selepas kami berpisah hari itu dia ada rapat dengan seseorang dan saya juga ada rapat dengan seseorang.
Saya sendiri tidak kisah dia nak berkawan dengan sesiapa yang dia mahu. Kemudian kalau dah cinta itu kembali, kami bersatu semula.
Tak rasa ke kami berdua ni gila (periang)? Sebab itu saya rasa kami boleh bersama. Anak saya juga sayang dia, dan anak dia sayang saya. Saya malas dah nak cari orang lain.
Selepas kami berpisah ada juga berhubung, tapi tak selalu. Namun sejak bulan lepas, saya tidak boleh hidup tanpa dia.
Dalam pada itu, disoal mengenai perancangan untuk ke fasa lebih serius iaitu mendirikan rumah tangga, ibu kepada seorang cahaya mata itu menjawab dia hanya berserah kepada ketentuan Allah S.W.T.
Bagaimanapun, kata Anju dia tidak mahu terlalu tergopoh gapah dan mengambil pengajaran daripada kisah lama.
Niat itu ada, tapi jodoh di tangan Allah, saya tidak tahu. Mungkin hubungan ini akan berjalan dengan baik atau sebaliknya.
Kita berdua masing-masing mahu perbaiki diri menjadi lebih baik daripada kesilapan yang pernah kami buat sebelum ini.
Kemudian, insya-Allah baru bincang dan fikir soal kahwin. Yang penting kukuhkan hubungan kami berdua.
Hubungan terdahulu, mungkin terlalu gopoh, baru tiga bulan kami dah kemaruk nak kahwin, kali ini kami akan take it slow dan muhasabah diri.