Jodoh pasti bertemu bak kata Afgan. Itu yang boleh dikatakan untuk hubungan pelakon jelita, Zarina Anjoulie dengan kekasih hati, Datuk Seri Khazrul Elzey yang kembali terjalin selepas putus tunang pada Februari lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Thank You Tunangku’ – Zarina Anjoulie Kembali Bikin Drama Dengan ‘Papa’
Artikel Berkaitan: Aku Bukan Biawak Hidup, Aku Ada Hutang Kau Ke? Aku Bantu Kau Bina Pagar Rumah RM100k’ – Khazrul Elzey
Tak boleh seksi dah
@zarinaanjoulie_ @Haji. Elzey ? original sound – zarinaanjoulie_
Menerusi hantaran di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa dengan Anju berkongsi video perbualan dengan Khazrul yang tidak lagi membenarkan dirinya berpakaian seksi selepas ini.
Last papa bagi chance pakai baju seksi. Jangan buang. Simpan nanti boleh bawa pergi ke luar negara.
Kata Anju, 36, dia tidak akan membuang semua busana yang terdedah aurat itu sebaliknya akan diberikan kepada wanita terpilih.
Banyak lagi dress saya yang macam ini, belum buka tanda harga lagi. Dah kena buang. Eh tak buang tapi bagi dekat orang lain. Sayang nak buang.
Dalam pada itu, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul berkata dia juga boleh mengenakan ‘dress’ seksi itu pada waktu malam selepas berkahwin dengan Khazrul.
Bila dah kahwin nanti pakai masa tidur waktu malam boleh la.
Terdahulu, Anju mengakui sebab dia kembali ‘rujuk’ dengan bekas tunangnya adalah disebabkan status kewangan yang kukuh.
Sumber: TikTok