Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menyelar tindakan segelintir warganet yang didakwa sengaja menggunakan anaknya, Awangki Gabriel Martin Ezra untuk mengecam dirinya.
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya’ – Zarina Anjoulie Mohon Maaf, Mengaku Dapat Tajaan Sepenuhnya Pembedahan Hidung
Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung ‘Made In Vietnam’ Berjaya – ‘Sekarang Dah Tak Ada Benjol’
Netizen gunakan anak
@fitztoxmalaysia Mak mana tak sakit kan bila orang sentuh bab anak #anju #artismalaysia #zarinaanjoulie #viral #ibu #sedih #tiktokmalaysia #trending
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mendedahkan antara komen yang diterima daripada warganet.
‘Kesianlah dekat anak kau, tak malu ke?’
Berang dengan sikap segelintir warganet itu, pelakon berusia 36 tahun tersebut memaklumkan anak tunggalnya kini berada di dalam keadaan baik-baik sahaja dan tiada apa yang perlu dirisaukan.
Anak aku dekat rumah sekolah agama, budak tahfiz, solat lima waktu..kau tak payah risau pasal anak aku.
Anak aku gembira, Alhamdulillah.
Dalam pada itu, Zarina atau mesra disapa Anju mendakwa segelintir warganet sengaja mengaitkan Martin dalam komen mereka dengan tujuan untuk melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
Kadang-kadang mereka nak kecam kita dan gunakan anak sebagai alasan nak hina kita.
Kalau kau risau sangat pasal anak aku, kau datang rumah aku tolong jagakan anak aku.
Kau ni bangun pagi-pagi risaukan pasal anak orang ke?
Terdahulu, nama Zarina kembali menjadi bualan ramai apabila mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan hidung di sebuah klinik di Vietnam.
Sekadar info, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang berasal dari Brunei pada 2015, namun mereka berpisah pada tahun 2016.
Hasil perkahwinan itu, Zarina dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.
Sumber: FitztoxMalaysia