Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi tentang kisah sedih yang dialaminya sewaktu zaman kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Ditakdirkan Biarlah Dia Pergi Dulu, Saya Tahu Susah Orang Lain Nak Jaga’ – Zarina Zainuddin
Artikel Berkaitan: Anak Zarina Zainuddin Peroleh 6A 2B Dalam SPM 2023 – ‘Alhamdulillah, Bersyukur Sangat’
Kisah ketika di bangku sekolah
@hijabistamy Masha-Allah tersentuh mendengar kisah ibu hebat, Zarina Zainuddin ini. Jujur dalam berkongsi pengalaman hidupnya ketika kecil yang tak seindah kanak-kanak lain termasuk dari segi pembelajaran. Pun begitu, selebriti berhijab ini sentiasa komited dan mengutamakan pendidikan anak-anaknya. #hijabistamag #iamhijabi #zarinazainuddin #trending #autism
Menerusi temu bual oleh Hijabista, Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Mohd Zainuddin berkata dia pernah dimasukkan ke kelas peralihan selain terpaksa menyendiri akibat diejek oleh rakan-rakan sekolah kerana dijangkiti kutu.
Saya dulu pun ada masalah pembelajaran. Saya masuk ke kelas peralihan, dari darjah satu nak masuk ke darjah dua..saya perlu masuk darjah satu dua kali sebab saya susah nak faham.
Masa kecil dulu kepala penuh kutu, ramai orang kata, ‘Zarina kutu, jangan kawan dengan dia.’
Saya masa kecil tak ada kawan, duduk dekat belakang longkang, tepi tandas sebab tak ada orang nak kawan dengan saya yang banyak kutu.
Justeru itu, sebagai ibu, aktres berusia 53 tahun itu menitikberatkan pelajaran untuk anak-anaknya.
Saya tak letak jangkaan yang besar, janji anak saya ada pelajaran daripada ibu dia yang tak pandai ni. Kita tak berapa pandai, jadi biarlah anak tu pandai sikit daripada kita.
Jadi kita kena minta mereka belajar, disiplin daripada rumah dan persekitarannya itu paling penting supaya anak-anak tahu tanggungjawab dia pada keluarga, pelajaran dan masa depan.
Dalam masa yang sama, Zarina bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan mengambil berat urusan anak-anak mereka.
Saya bertuah kerana dapat seorang suami yang baik dan pantau anak-anak. Tapi saya tak kata anak saya pandai, itu pun saya dah cukup bersyukur.
Sebelum ini, Zarina memaklumkan anaknya, Muhammad Adam Azrai berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Untuk info, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang kini berusia 28 tahun.
Azil menghidap hyper autisme manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok Hijabista