Baru-baru ini, kemesraan yang ditunjukkan pelawak, Zizan Razak dan pelakon, Emma Maembong sewaktu menjadi wajah bagi kempen raya jenama pakaian popular, Hijabistahub telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Maembong Tanya Tentang Lagu ‘Infiniti Cinta’, Zizan Beri Jawapan – ‘Untuk Perempuan Yang Saya Cintai Ketika Itu’
Hanya sekadar kawan
Terbaharu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak tampil memberikan komen mengenai kemesraan yang ditunjukkan bersama Emma.
Ketika ditemui OhBulan!, Zizan memaklumkan bahawa hubungannya bersama Emma tidak lebih sebagai seorang kawan.
Tambah Zizan, dia dan Emma hanya menjalankan tugas sebagai muka depan dan sangat profesional ketika bekerjasama.
Saya menghormati pekerjaan saya apa yang terjadi antara saya dan Emma memang professional. Kami buat semua itu untuk kerja.
Saya juga menghormati kedudukan Emma selepas bercerai dan ada teman lelaki.
Saya risau juga ada salah faham kerana saya dengan bekas suami Emma sebelum ini memang baik. Tapi saya fikir niat untuk kerja sahaja.
Kami selalu juga berhubung sebelum ini untuk tujuan bekerja, ada bercerita juga tentang kehidupan dia tapi sewaktu sesi bergambar untuk Hijabistahub itu baru betul-betul berjumpa semula.
Zizan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media majlis pembukaan ibu pejabat baharu, Hijabistahub serta pelancaran kempen istimewa, Raya Paling Epik yang diadakan di Setia Alam, pada Sabtu.
Selain Zizan, Hijabistahub memperkenalkan dua selebriti popular dari Indonesia, Fuji dan Davina sebagai duta utama. Selain itu, Datuk Seri Aliff Syukri diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
Tak kisah ‘direstu’ netizen
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Polis Evo 3’ tidak kisah jika ada pihak yang ‘merestui’ kemesraannya bersama Emma.
Saya tiada masalah kerana tahu ini zaman media sosial, bila ada yang restu apa salahnya kami melayan.
Saya dengan dia bukan musuh, kami buat untuk kebaikan. Tapi jangan berlebihan.
@ohbulanofficial Semoga yang baik-baik je ??#ohbulan #fyp #news #zizanrazak #emmamaembong #hanya #kawan ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, kemesraan yang ditunjukkan Zizan dan Emma menyorot perhatian sehinggakan ada netizen yang seronok jika mereka kembali menjalinkan hubungan istimewa.
Sekadar info, Zizan dan Emma pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun sebelum memilih haluang masing-masing pada tahun 2015.
Untuk rekod, Emma pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar 20 Februari 2020 namun mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan sudah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, Emma dan Shazli dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.