![[VIDEO] Zubir Khan Terkejut Dinobat Ikon Perpaduan, Akui Lagu Yennode Macha Membantu – ‘Tak Pernah Jangka Untuk Dapat’](https://media.ohbulan.com/2025/03/zubir-khan.jpg)

Penyanyi Zubir Khan meluahkan rasa gembira apabila dinobatkan sebagai Ikon Perpaduan Negara selepas lagu Tamill, Yennode Macha mencipta fenomena baharu dalam kalangan bangsa.
Artikel Berkaitan: Zubir Khan Sudah Lali Dengan Pertanyaan ‘Kenapa Tiada Tangan?’, Gembira Dikenali Dengan Lagu ‘Hey Matcha’
Artikel Berkaitan: ‘Macam Inilah Rupa Saya Kalau Sekarang Ada Tangan’ – Zubir Khan
Terkejut tetapi syukur

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Zubir Muhammad Ali itu mengakui terkejut kerana tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menerima pengiktirafan berprestij itu.
Saya tidak pernah jangka untuk dapat anugerah itu dan saya rasa ia diberi kerana lagu Yennode Macha yang digunakan pada Hari Kebangsaan (tahun lalu) di Dataran Merdeka dan ramai yang mendengarnya tanpa mengira bangsa.
Secara tidak langsung ia mampu menyatukan rakyat Malaysia.
Tanggungjawab jadi lebih berat

Bercerita lanjut, pelantun lagu Oh My Kadhale itu berkata kefasihannya dalam berbahasa Tamil sedikit sebanyak membantunya dalam diberikan penghormatan itu.
Bagaimanapun, Zubir turut mengakui ia bukan satu tanggungjawab yang mudah untuk membawa gelaran tersebut namun bersedia untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.
Saya pula seorang budak (bangsa) Melayu yang pandai bercakap bahasa Tamil dan biasa bergaul dengan pelbagai kaum dan mungkin sebab itu saya layak dapat Anugerah Ikon Perpaduan.
Bukan senang sebenarnya sebab ia bukan seperti menerima anugerah sijil tetapi ia adalah satu pengiktirafan.
Saya rasa tanggungjawab mungkin akan berbeza berbanding sebelum ini. Selepas ini saya harus lebih mendekati masyarakat pelbagai kaum tetapi saya tidak kisah.
Sebelum ini, Zubir itu berkongsi telah menerima Anugerah Ikon Perpaduan daripada Kementerian Perpaduan menerusi muat naik di media sosial miliknya.
Perkongsian itu mendapat sambutan positif daripada orang ramai kerana lagu-lagunya diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia melangkaui kaum, agama dan bangsa.








