Pempengaruh YouTube, Zukie Mohamad mencuri perhatian apabila berkongsi mengenai isterinya, Farah Anis yang ketika ini sedang hamil empat bulan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gaji Kalah CEO! Zukie Pernah Raih Pendapatan RM90k Sebulan – ‘Benda Tu Tak Surprise Pun, Sebab Ada Yang Dapat Sampai RM200k’
Isteri kejut dua pagi
@zukiemohamad769Normal ke macam tu ???? ade yang lagi pelik ke ?? original sound – Zukie Mohamad
Menerusi perkongsian di TikTok, Zukie memaklumkan dia dikejut oleh isteri yang mengidam mahu berjalan di Kuala Lumpur City Centre pada jam dua pagi.
Isteri aku tengah mengandung, dah empat bulan. Pukul dua pagi dia kejut aku dan kata mengidam nak berjalan dalam KLCC.
Tapi tak apa, aku pun bawalah dia pusing-pusing KLCC pukul dua pagi.
Nak masuk Aquria pukul tiga pagi
Sedang mereka asyik berjalan, Farah tiba-tiba meluahkan hasrat mahu masuk ke taman dalam air terkenal di KLCC iaitu Aquaria KLCC.
Waktu jalan-jalan dah pukul tiga pagi macam itu, dia cakap nak masuk jalan dalam KLCC pula. Aku cakaplah, ‘Tak boleh, mall tutup pukul 10’.
Tapi dia kata, ‘Nak masuk juga, tolonglah’. Aku tanya lagi kenapa dia nak masuk?
Korang tahu tak? Dia kata nak masuk jalan dalam Aquaria.
Nak masuk Aquria macam mana kan dah tutup? Silap-silap owner pun dah tidur, tiket nak beli kat mana? Ikan pun tidur.
Jadi, aku pun terus bawa dia jalan di sekitar KLCC sampai pukul lima, enam pagi baru balik.
Di akhir perkongsian, anak jati Kelantan ini sempat bertanyakan kepada pengikutnya adakah normal untuk isteri mengidam perkara sebegitu ketika sedang mengandung?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur mendengar perkongsian Zukie dan beranggapan adalah normal untuk ibu mengandung mengidam sedemikian.
Komen netizen
Sumber: TikTok Zukie