berita

[VIDEO]’3 Tahun Jalan Sesak!’- Wakil Penduduk Taman Melawati Desak Kontraktor Selesaikan Segera

November 16th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Sudah hampir tiga tahun, tetapi masih tiada perubahan dan perkembangan terkini daripada pihak yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah pembinaan paip bawah tanah serta jalan di Jalan Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor.

Struktur jalan raya yang tidak sekata dan rosak dipercayai disebabkan oleh pembinaan yang terbengkalai itu bukan sahaja menyebabkan jalan raya menjadi sesak malahan mengakibatkan kemalangan jalan raya yang tidak diingini.

Jalan sesak 2KM

Pihak OHBULAN! menemu bual salah seorang daripada penduduk taman tersebut iaitu Dato Kamaruddin Zakaria, bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu pembinaan yang dipercayai terbengkalai.

Ketika ditemu bual, beliau menjelaskan jalan mulai sesak sepanjang dua kilometer (KM) bermula persimpangan jalan menghala ke Jalan Taman Melawati dari lebuh raya MRR2, disebabkan jalan itu merupakan jalan utama bagi penduduk Taman Melawati.

Tambah Kamaruddin lagi, jalan tersebut akan bertambah sesak di waktu kemuncak. Contohnya waktu pagi pagi ketika penduduk keluar ke tempat kerja, tengah hari kanak-kanak yang pulang dari sekolah dan juga petang apabila mereka pulang dari tempat kerja.

Jalan mulai sibuk kira-kira 2KM sepanjang jalan daripada persimpangan lebuh raya MRR2 menghala ke Taman Melawati

Sekolah sudah dibuka jadi waktu kemuncak kebiasaannya jalan yang sesak menjadi lebih teruk dengan adanya lampu isyarat dan juga bas sekolah  serta ibu bapa yang menghantar anaknya ke sekolah.

Tiada pihak yang memantau

Ujarnya lagi, semenjak pembinaan itu mula terbengkalai sejak tiga tahun lepas, tiada pihak yang terlibat dan bertanggungjawab dilihat memantau mahu pun membuat tinjauan di tapak pembinaan tersebut.

Bagi pihak penduduk Taman Melawati, beliau turut mempersoalkan berapa lama lagi tempoh pembinaan itu harus dibiarkan terbengkalai yang sekali gus mengganggu perjalanan penduduk Taman Melawati. Ujar Kamaruddin lagi, dia yakin terdapat di antara penduduk yang sudah mengalami kemalangan tetapi enggan menyuarakannya.

Mungkin ada pihak yang berkenaan datang memantau tetapi disebabkan tiada aduan daripada penduduk di situ jadi mereka anggap tiada masalah. Berapa lama lagi kerja jalan ini hendak disiapkan? Kerja tak habis sampai bila?

Jalan tu agak berbonggol, tidak sekata dan sempit, bagi mereka yang tidak peka dengan jalan tu pasti akan mengalami kemalangan, atau mungkin sudah ada cuma mereka tidak membuat aduan.

Harapan penduduk Taman Melawati

Kamaruddin turut menyatakan harapan bagi pihak penduduk Taman Melawati supaya pihak berkenaan menjadi lebih bertanggungjawab dan dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

Tambahnya lagi, jika aduan ini tidak didengari mereka pasti akan menyuarakan lagi sehingga ianya selesai dan kembali pulih seperti sedia kala.

Kita sudah cuba untuk beritahu mereka yang bertanggungjawab tentang masalah yang dihadapi, saya rasa apabila mereka mengetahui masalah yang dihadapi ini mereka akan lebih prihatin dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tetapi jika tiada apa-apa tindakan, kita akan menyuarakan lagi kerana saya yakin kerja jalan ini dapat diselesaikan dengan segera.

Video penuh:

Sumber: Dato Kamaruddin Zakaria

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×