![[VIDEO]Ryan Bakery ‘Ngam’ Dengan Jep Sepahtu, Netizen Cadang Gantikan Shuib](https://media.ohbulan.com/2023/02/wgWAGWa.jpg)
Interaksi jenaka antara Jep Sepahtu dan Ryan Bakery menerusi siaran langsung di media sosial telah mendapat perhatian dan mencuit hati penonton serta pengikut mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jep Dedah Dah Pujuk Ahli Sepahtu, Terpaksa Akur Dengan Keputusan Bawa Diri – ‘Saya Tak Ada Daya Itu’
Artikel Berkaitan: Tak Pernah Umum Keluar Sepahtu, Shuib Masih Berkawan Baik – ‘Tiada Istilah Merajuk’
Boleh join Sepahtu

Baru-baru ini pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu bersama pempengaruh popular, Ryan Bakery telah bersiaran langsung di TikTok sambil mempromosikan jualannya.
Gelagat Ryan Bakery yang terkenal dengan video-video lawak nostalgia zaman kanak-kanak dilihat sangat bersahaja ketika berinteraksi bersama Jep dan mereka kelihatan sangat memahami jenaka masing-masing.
Susualan itu, warganet mengatakan jenaka Ryan yang spontan sesuai dengan personaliti kelakar suami kepada Sari Yanti itu walaupun hanya bersembang-sembang santai.
Malah ramai yang suka dengan gandingan dan keserasian yang ditonjolkan, sehingga ada yang mencadangkan agar Ryan menggantikan Shuib di dalam kumpulan Sepahtu.

Video dengan Ryan
Terdahulu, muncul isu tentang penglibatan Shuib bersama kumpulan Ubi dalam sebuah rancangan komedi sehingga menimbulkan spekulasi dia telah meninggalkan kumpulan Sepahtu.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Anak 1 Tahun 6 Bulan Ditinggalkan Sendiri, Ayah Pantau Guna CCTV Ketika Bekerja](https://asset.ohbulan.com/2026/07/anak-2-tahun.jpg)
