berita

[VIDEO]’Saya Akan Sayang Dia Ketat-Ketat’ – Netizen Dakwa View Chin & Mira Sudah Berkahwin?

January 11th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama pasangan pempengaruh kontroversi, View Chin dan pekerjanya Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila didakwa sudah berkahwin. Betul ke?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Panggil View Chin ‘Sayang’, Netizen Gelar Mira ‘Muka Tebal’ & Gedik

Artikel Berkaitan: Digelar Sundal & Tak Tahu Malu, Amirah Mengaku Mental Penat

Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Saya Dengan View Chin Bermula Setelah Mereka Sah Bercerai’ – Amirah

Saya akan sayang dia

Menerusi sebuah rakaman video di TikTok, rata-rata netizen mendakwa View Chin dan Mira ke China untuk berbulan madu. Bagaimanapun, View Chin menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu mereka ke sana atas urusan kerja.

Tak pergi honeymoon lah, kami ke sini sebab kerja.

Di samping itu, ada juga netizen bertanya sama ada View Chin sudah menukar nama kerana dikatakan sudah berkahwin dengan Mira.

Tak perlu tukar namalah.

Dalam klip video sama, View Chin turut berjanji kepada peminatnya untuk tidak memarahi Mira.

Ok saya akan sayang Mira ketat-ketat.

Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine Ah Moi bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya di media sosial.

Berdasarkan perkongsian Shermine, dia mendakwa View Chin curang dengan seorang pekerja dikenali sebagai Mira semasa dia dalam pantang.

Video

@yuyuenlee

#viewchin #miraviewchin #fyp #fyp? #berandatiktok

? Remix my humps – Amanda Araújo

Sumber: TikTok

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×