berita

[VIDEO]’Saya Dengar Ulang-Ulang’ – Viral Bunyi ‘Misteri’ Di Kubur, Wanita Kongsi Kisah Sebenar

August 23rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video rakaman suara ‘misteri’ dari tanah perkuburan . Video yang sempat dirakam oleh wanita ini berjaya tarik perhatian netizen yang rata-ratanya seram dan terkejut dengan bunyi sayup-sayup seakan orang meminta tolong. Walau bagaimapun, tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana hanya Allah yang lebih mengetahui perkara ini.

Video rakaman misteri

Saya pergi kubur seorang. Pergi kubur sebab ayah saya keje kat sana. Ayah bawa jengkaut dan seorang penggali kubur. Lepas itu kebetulan ada orang buat tempahan kepuk dan batu nisan. Saya pergi sana sebab ayah mintak hantarkan perkakas barang.

Kebetulan angin tiba-tiba kuat. Saya pun rakam jela dan hantar ke status whatsapp. Tapi masa rakam tu memang bunyi angin je pun. Lepas rakam tengok balik video. Masa tu dengar ulang-ulang jugak.

Video berdurasi 15 saat yang dirakam di sebuah tanah perkuburan itu menyaksikan wanita ini sedang duduk di atas jentera milik ayahnya di tanah perkuburan tersebut secara bersendirian. Namun tidak disangka ketika sedang merakam suasana di tanah perkuburan itu, tiba-tiba kedengaran bunyi misteri yang tidak tahu datang dari mana.

Difahamkan, bunyi misteri itu dakwanya seakan-akan seperti suara orang minta tolong, sayup-sayup kedengaran dari arah kubur. Ada netizen yang menyangka bahawa itu adalah bunyi jentera tersebut, namun dinafikannya kerana ia tidak dihidupkan pada waktu itu.

Semoga video ini menjentik hati kita

Menurut wanita ini, walaupun ini pengalaman pertama buat dirinya namun mungkin bukan pertama kali buat ayahnya yang sudah biasa bekerja di tanah perkuburan tersebut.

Saya baru pertama kali laa. Kalau ayah tu dah banyak kali. Dia cuma cerita macam-macam dekat anak-anak dan cucu-cunya sahaja. Cuma dia pesan kita tutup aib orang, orang tutup aib kita.

Tidak mengulas lanjut mengenai pengalaman ayahnya, wanita ini akui rasa sayu ketika dengar suara ‘misteri’ dari kubur itu. Malah ayahnya turut marah sejurus mengetahu dia merakam video tersebut.

Ayah pun sampai. Saya tunjuk die video itu terus kena marah. Memang elok lepas dengar balik tu ayah sampai. Kalau tak memang lari cabut. Memang tak tunggu. Saya pun bukan berani sangat.

Mengakhir temubual bersama Oh!Bulan, wanita ini sempat berkongsi pesanan ayahnya bahawa alam ghaib atau misteri ini mungkin tidak nampak kita. Tapi mungkin mereka nampak kita.

Semoga video itu dapat menjentik juga hati kita yang kadang kadang lupa alam yang kekal.

Sumber : Natrah Ismail

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×