Tanggal 10 Februari 2023 merupakan ulang tahun kelahiran selebriti kesayangan ramai, Noor Neelofa yang ke-34.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lentok Atas Paha Haris, Peminat Suka Tengok Neelofa Bermanja – ‘Isteri Lebih Tua Memang Romantik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Dedah Haris ‘Strict’ Bab Makan, Lebih Suka Urus Bilal Sendiri
Dedikasi ucapan
Pada hari istimewa ini, Neelofa mendedikasikan ucapan ‘sweet’ buat suami tercinta, Haris Ismail atau juga dikenali sebagai PU Riz.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor bersyukur kerana Haris telah menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.
Buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.
Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dgn izin Allah.
Dalam pada itu, hos program Next To Neelofa juga terharu apabila menerima seutas gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin sebagai hadiah hari lahir.
Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masya-Allah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku.
Semoga Allah swt sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita.
Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Sumber: Instagram