berita

Viral Aksi Kanak-Kanak Panjat & Main Atas Bumbung Kereta Jiran, Netizen Tanya ‘Anak Siapa Ni?’

March 16th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di Twitter, seorang lelaki berkongsi sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai anak jirannya memanjat bumbung kereta milik ahli keluarganya.

Artikel Berkaitan: Padah Main Papan ‘Spirit’, 28 Orang Pelajar Perempuan Pengsan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Leka Main Telefon, Si Abang Bawa Masuk Adik Dalam Mesin Basuh

Bermain atas kereta

Lelaki dikenali sebagai Faiz yang geram dengan perbuatkan itu meluahkan rasa kecewa apabila sesetengah individu yang bertanggungjawab sebagai ibu bapa gagal mengawal dan mendidik anak mereka dengan baik sehingga memberi kesan terhadap orang lain.

Sebab tu ‘parental control’ ni penting, jadi macam ni la. Anak siapa entah memandai panjat kereta kakak aku? Jadi, kalau kita suarakan perkara macam ni pun boleh kena maki sebab tak hormat anak dia ke? Tanya.

Bukan itu sahaja, pemilik ciapan ini turut memuat naik tangkap layar perbualan bersama adiknya yang turut sama bengang dengan perlakuan itu. Difahamkan adiknya itu telah pun menjerit kepada kanak-kanak yang bermain di kawasan rumah mereka kerana belum dapat bertemu dengan ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Adik saya macam garang sikit dari saya. Jadi, inilah dia punya solusi terbaik kan? Hahahaha. Tak jumpa ibu bapa mereka lagi.

Susulan itu, ciapan ini telah memdapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan kanak-kanak memanjat kereta milik orang lain. Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama apabila mempunyai anak-anak jiran yang nakal.

 

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×