berita

Viral Bayi Tertelan Kerongsang, Mustajab Doa Netizen Pin Tertutup & Keluar Melalui Najis

March 13th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam viral di laman sosial apabila seorang ibu memohon orang ramai mendoakan keselamatan anaknya yang tertelan kerongsang. Bayi berusia 9 bulan itu dilaporkan tertelan kerongsang yang berada di celah pintu bahagian penumpang kereta.

Menerusi Harian Metro, bayi tersebut berjaya diselamatkan apabila pin keluar sendiri melalui najisnya. Ibu, Noor Amira Shyuhada amat bersyukur hasil doa orang ramai pin berjaya keluar sebaik sahaja azan Asar.

Mohon doa permudah urusan anak

Kata Noor Amira, meskipun ada segelintir yang mengecamnya cuai dalam menjaga anak. Dia bersyukur hasil doa orang ramai anaknya berjaya selamat.

Ternyata doa warganet amat mustajab sehingga kerongsang itu bukan sahaja dapat keluar, malah pinnya tertutup dan tidak mencederakan anak saya.

Saya bersyukur sangat tambahan pula kerongsang itu keluar sebaik sahaja azan Asar berkumandang hari ini.

Ketika baca komen segelintir warganet yang mengutuk dan mengecam, saya amat tertekan apatah lagi masa itu kerongsang masih berada dalam badan anak saya.

Alhamdulillah, tidak lama kemudian, kerongsang yang berada di dalam badan anak keluar sendiri melalui najisnya.

Mengakui tertekan dan kecewa, suami menasihatkan supaya dia mempedulikan sahaja kritikan orang ramai dan memberi semangat agar sentiasa kuat.

Tak tahu macam mana boleh capai kerongsang

Ketika ditanya mengenai insiden tersebut, Noor Amira memberitahu ketika itu anak bongsunya itu diriba anak sulung yang berada di bahagian penumpang kereta.

Ketika itu saya sedang memandu dari rumah ibu di Felda Bukit Bading ke rumah di Ajil, jadi tak perasan apa yang dia tengah buat, lebih-lebih lagi keadaan gelap.

Kebetulan pula kerongsang itu berada di celah pintu bahagian penumpang di dalam kereta.

Tak tahu macam mana dia boleh capai kerongsang itu dan masukkan ke dalam mulut.

Saya segera memberhentikan kereta dan memeriksa mulutnya dan menghulurkan jari untuk mendapati kerongsang itu, tetapi tidak berjaya.

Menyedari perkara itu, dia mencuba untuk mengeluarkan pin namun gagal lalu segera ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×