Baru-baru ini, kita dikhabarkan dengan berita duka pemergian dua orang pelajar yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan negeri Kedah dan Pahang. Difahamkan, kedua-dua pelajar ini dipercayai meninggal dunia akibat mengalami pendarahan pada otak.
Artikel Berkaitan: Mengadu Pening Kepala Lepas ‘Test’, Pelajar IPTA Meninggal Dunia, Sempat Merangkak Ke Bilik Minta Tolong
Artikel Berkaitan: Didakwa Stres & Tak Cukup Tidur Kejar ‘Deadline Assignment’, Pelajar IPTA Temui Ajal Akibat Pendarahan Otak
Berikutan daripada pemergian dua insan tersebut, ramai dalam kalangan pengguna media sosial termasuk para pelajar UiTM telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan satu tanda pagar #uitmberduka sehingga ianya menjadi trending di laman Twitter semalam.
Dua pelajar UiTM meninggal dunia
Dua orang pelajar yang dikenali dengan nama Nurul Natasya Ezreen Azemi dari UiTM Kampus Kedah dan Muhammad Adham Hazim Mohd. Rizaini pelajar Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Jengka, Pahang dipercayai meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak. Malah, ada sumber melaporkan bahawa kedua-dua pelajar ini pernah mengadu pening kepala sebelum mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bukan itu sahaja, bapa Allahyarham Muhammad Adham Hazim ada memaklumkan anak lelakinya itu kurang tidur disebabkan sibuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan peperiksaan akhir semester. Sementara itu, Allahyarham Nurul Natasya Ezreen yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat pula ditemui pengsan di rumah sewanya semasa sedang menyiapkan kerja kursus pada pukul 3 pagi.
#uitmberduka trending
Berita kematian kedua-dua pelajar ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya penuntut universiti. Mereka mendakwa cabaran menyiapkan assignment dalam masa yang ditetapkan sepanjang Open Distance Learning (ODL) menjadi salah satu faktor yang menyebabkan para pelajar tertekan.
Hal ini secara tidak langsung membuatkan pengguna Twitter mencipta #uitmberduka untuk menzahirkan rasa simpati mereka terhadap nasib yang menimpa kedua pelajar ini. Tidak kurang juga ada yang menggunakan #uitmberduka ini untuk menyuarakan pendapat serta pengalaman yang dilalui mereka sepanjang ODL dilaksanakan. Untuk pengetahuan semua, sehingga semalam #uitmberduka telah trending di Twitter dengan jumlah mencecah 13 ribu tweet.
Tekanan bergelar pelajar
Cabaran ODL, bukan mudah
Sumber: Twitter