berita

Viral Foto Ayana Moon Tanpa Hijab, Netizen Cakap Gambar Baru – ‘Tu Bukan iPhone 13 Ke?’

October 4th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Tiada angin, tiada ribut, nama model hijab kelahiran Korea Selatan, Ayana Moon mencuri perhatian warganet kerana beberapa foto dirinya tidak berhijab viral di media sosial.

Artikel Berkaitan: Akui Sukar Istiqomah & Hati Berbolak Balik, Ika Mustafa Ambil Keputusan Buka Tudung

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Belum Bertudung Dengan Sempurna, Dalam Fasa Melatih Diri’ – Noor Kartini

Foto lama atau baru?

Di TikTok, seorang pengguna telah memuat naik video dengan kompilasi foto Ayana Moon tanpa mengenakan hijab. Berikutan penyebaran foto tersebut, peminat Ayana tampil mempertahankan dan menyatakan bahawa foto tersebut mungkin foto lama. Tambah peminat lagi, Ayana telah memeluk islam sejak usinya 16 tahun. Jadi mustahil wanita itu sengaja tidak memakai hijab ketika keluar ke tempat awam.

Namun begitu, terdapat juga pertikaian yang berlaku menerusi foto berkenaan. Menerusi foto tular tersebut, telefon pintar yang digunakan oleh Ayana ketika bergambar dipercayai merupakan iPhone 13 yang dilancarkan pada tahun lalu. Oleh itu, terdapat keraguan dalam kalangan segelintir pihak sama ada ianya foto baru atau lama.

Iphone baru

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat berharap Ayana Moon akan terus istiqamah sebagai seorang muslim.

Sumber: Tiktok 

SKIP THIS AD ×