berita

Viral Foto Instafamous Buka Tudung, Penyanyi Antarabangsa Ali Gatie Beri Sokongan.. Bukan Kaleng-Kaleng!

January 23rd, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Gambar viral seorang model muslimah tidak berhijab ketika bercuti di Phuket bersama teman lelaki dan rakan-rakan telah menimbulkan rasa kecewa ramai orang. Model dan juga Instafamous, Sharifah Rose walaubagaimanapun sudah menjelaskan keadaan sebenar. Malah, teman lelakinya, Azief Khalid yang merupakan anak tiri Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut tampil memberi sokongan.

Tidak cukup dengan itu, penyanyi antarabangsa, Ali Gatie yang popular dengan lagu ‘It’s You’ turut dilihat meninggalkan kata-kata semangat buat Sharifah Rose.

Kita semua manusia

Kita semua manusia. Saya sayang dan saya sokong awak. Hanya orang yang matang boleh mempunyai respon sebegini. Kami bangga dengan awak, Sharifah Rose.

Memberi respon kepada penjelasan Sharifah Rose, penyanyi dari Kanada ini memberi sokongan penuh kerana keberaniannya mengakui kesilapan. Dia juga memuji sikap matang Sharifah Rose dalam menghadapi kecaman dan tidak lari dari masalah.

Mendapat lebih 14k retweet, pelbagai reaksi yang diterima peminat penyanyi tersebut. Ramai yang tidak menyangka penyanyi antarabangsa itu turut mengenali rapat Sharifah Rose.

‘Penyanyi antarabangsa pun support dia’ – Netizen

Sumber : Ali Gatie

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×