Ibu bapa merupakan insan paling berharga yang ada dalam hidup kita. Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan mereka memang tiada tolok bandingnya.
Terbaru, viral di media sosial memaparkan seorang pengantin lelaki mendukung ibunya keluar dari kereta sebelum meletakkannya di atas kerusi roda. Lebih meruntun hati apabila momen sedih itu berlaku semasa majlis pernikahan si anak berlangsung.
Viral di media sosial
Gambar majlis pernikahan itu telah berlangsung pada 8 Ogos 2020 di Masjid Al-Muhtadin, Damansara Damai pada pukul 11.45 pagi. Gambar tersebut telah dimuatnaik di laman Facebook, Seniman Visual dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut sebak melihat momen penuh berharga itu.
Terkesan dengan momen sedih
Ketika dihubungi oleh pihak OhBulan!, pemilik Seniman Visual iaitu Mohamad Amirul Haziq memaklumkan ketika majlis berlangsung, hanya dia seorang sahaja yang menjadi jurugambar dan mengaku amat terkesan melihat momen sedih itu.
Masa mulanya saya tak tahu keadaan mak pengantin sedemikian, jadi apabila pengantin lelaki pergi ke kereta untuk mengambil maknya turun ke wheelchair, saya terus tak lepaskan peluang untuk shoot. Dia cuma dua beradik, sorang lagi kakaknya. Jadi hanya dia yang mampu angkat maknya, agak sedih dan terkejut dengan pengorbanan yang dia lakukan. Sedangkan dalam masa yang sama dia sibuk nak bersiap pakai sampin tapi sanggup lari ke kereta untuk turunkan maknya dulu.
Menceritakan lanjut mengenai momen itu, dia memaklumkan ini adalah pertama kali dia menghadiri majlis pernikahan yang sangat menyentuh hati ini sepanjang 8 tahun Seniman Visual ditubuhkan. Menurut Amirul Haziq, lokasi studio Seniman Visual terletak di Shah Alam Seksyen 16.
Foto-foto lain
Pengantin dan ibu sedih
Sebaknya!
Sumber: Seniman Visual