berita

Viral Foto Pengantin Terima Bungkusan Ketika Hari Pernikahan, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

January 24th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Viral di media sosial apabila sepasang pengantin baharu menerima kehadiran posmen untuk meminta tanda tangan bagi penyerahan bungkusan pos laju. Foto itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dan kagum dengan posmen itu.

Tak kurang juga yang berkongsi kisah mereka menerima bungkusan dalam keadaan tak diduga. Apa-apa pun abang posmen memang terbaik!

Tandatangan bungkusan

Ketika sedang bergaya di pelamin mini untuk merakamkan gambar, saya didatangi posmen yang meminta tandatangan bagi bungkusan pos laju mengandungi tudung yang saya beli.

Pengalaman unik itu yang dialami Nur Syafini Afni Mohd Yatim dalam majlis akad nikah bersama pasangannya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu, di Tumpat Sabtu lalu mula tular di laman sosial.

Tak sangka tudung sampai hari nikah

Saya langsung tidak menyangka tudung yang dibeli kira-kira seminggu sebelum ini akan tiba pada hari nikah kami malah saya hampir terlupa bahawa ada membuat pembelian tudung.

Menurutnya, posmen itu hadir pada jam 12.30 tengah hari selepas hampir sejam majlis akad nikah. Detik manis itu dikongsi Nur Syafini menerusi akaun Twitter miliknya sehingga menjadi viral.

Pada awalnya, posmen itu mahu menyerahkan bungkusan itu kepada bapanya, namun dijemput naik ke rumah untuk menyerahkan sendiri.

Bila masa pula beli online?

Saya mengucapkan terima kasih kepada abang posmen itu dan ada menjemputnya makan dulu namun dia menolak secara baik sambil memberitahu masih banyak bungkusan yang perlu dia hantar dan bimbang tidak sempat dihantar.

Saya menghormati permintaannya menolak dan hanya sempat memberikan bunga telur dan cenderamata saja sambil turut merakamkan gambar kenangan.

Wajah posmen itu juga nampak malu-malu mungkin kerana tidak menyangka penerima bungkusan kali ini adalah pengantin. Suasana ketika itu agak gamat dengan ketawa sanak saudara termasuk suaminya yang memperli ‘bila masa pula beli online?’.

Posmen pakai baju Melayu

Tolong sign penerima dah meninggal?

 

Posmen hantar masa hujan lebat

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×