berita

Viral Gambar Berpeluk Dengan Zul Ariffin, Tunang Intan Najuwa Luah Rasa Kecewa?

October 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon kecil molek Intan Najuwa telah menerima kecaman teruk daripada netizen selepas bertindak memuat naik gambar dirinya didukung oleh aktor, Idris Khan dalam statusnya sebagai tunangan orang. Kali ini, pelakon itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila foto mesranya berpelukan dengan Zul Ariffin viral di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen.

Terbaru satu kenyataan daripada tunang Intan, Fazrul Anwar Rulis di media sosial telah mendapat perhatian ramai apabila ada yang berpandangan ia merujuk kepada kontroversi yang sedang terpalit oleh wanita itu.

Selalu pilih untuk dihormati

Status yang dimuat naik Fazrul di Instastorynya itu mula mendapat perhatian apabila dia seolah-olah meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku ketika ini.

Menerusi status itu, Fazrul yang merupakan seorang usahawan itu turut mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja.

Ada masa dalam hidup, kita perlu memilih sama ada untuk dicintai atau dihormati.

Selalu pilih untuk dihormati.

Cinta tanpa rasa hormat tidak akan kekal lama.

Tetapi dengan hormat ia boleh tumbuh menjadi cinta sebenar yang kekal lama.

Mesranya

Terdahulu, gambar Intan bersama Zul Ariffin tular dan mengundang kecaman netizen selepas kedua-dua pelakon itu dilihat begitu mesra berpelukan dengan tangan aktor itu diletakkan di atas peha Intan.

Susulan itu, segelintir daripada netizen menyifatkan Intan sebagai ‘murah’ kerana mudah disentuh mana-mana lelaki.

Itu kenyataan umum

Sementara itu menerusi laporan mStar hari ini, Razrul tampil menjelaskan status yang dimuat naiknya itu dan berkata ia dibuat secara umum dan bukan ditujukan kepada tunangnya.

Malah dia juga menyatakan hubungan di antara dirinya dengan Intan masih baik dan tidak ada sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan.

Kenyataan itu dibuat secara general… Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negatif.

Hubungan kami okey sahaja.. semalam kami dinner dan pagi tadi kami breakfast bersama. Kami juga berhubung dan berkomunikasi seperti biasa.

Sumber: Instagram ezurazzmStar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×