berita

Viral Iklan Raya Promosi ‘Judi’, MCMC Ambil Tindakan

April 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tangkap layar video

Sebelum ini, tular satu video iklan raya yang didakwa mempromosikan aktiviti perjudian dengan berlatar belakangkan lagu Hari Raya Aidilfitri. Difahamkan, video tersebut telah dimuat naik di akaun YouTube rasmi syarikat berkenaan dan perkongsian tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Eloklah, Pelakon Semua Orang Melayu’ – Iklan Hari Raya Ajak Berjudi Cetus Amarah

Susulan daripada itu, menerusi satu kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan terhadap iklan raya tersebut yang disifatkan tidak ‘senonoh’.

MCMC ambil tindakan

Tangkap layar video

Difahamkan, pihak MCMC sejak 12 Mac yang lalu, telah mengambil tindakan dengan menyekat secara terus dan memberi laluan kepada pihak polis bagi menyekat akses ke pautan video tersebut yang telah melanggar undang-undang di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Kegiatan judi dan promosi judi dalam talian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada masa yang sama, pihak MCMC juga telah berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab memuat naik video tersebut untuk menurunkan semula video berkenaan di mana-mana platfom yang dimiliki oleh syarikatnya.

Pihak yang terlibat seperti pihak produksi dan pelakon seharusnya lebih peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosikan judi dalam talian, yang jelas merupakan satu kesalahan.

Tidak berakhir di situ, pihak MCMC turut memberikan pesanan kepada semua pengguna media sosial untuk lebih bertanggungjawab dan membuat laporan dengan segera jika terdapat video-video seumpama ini. Bahkan, tindakan susulan akan diambil kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan video-video yang tidak sepatutnya.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

SKIP THIS AD ×